Tetiba dapat SMS berbunyi begini
“ Salam tuan
sekarang ni kita dlm program beri notis merah 14 hari bagi tunggakan bil rm100 dan ke atas..akaun tuan telah dihantar ke hq utk dbuat jurnal atas rekod yg ada.tk “
Tak ke berderu darah aku membaca text tersebut..
Aku copy bulat2 dari text yang dikirim..
Bila pulak aku ade hutang tertunggak..
Seingat aku..
Hutang2 aku…
Nak senarai ke…?? Uhuhuuuuuuu
Aku bayar on time..
Tak pernah Jarang aku delay..
PTPTN…?
Bil2 utiliti: SAINS, TNB, ASTRO..
bulan lepas dah, bulan ni belum dapat bil
Dan ape jadah plak nak mintak hutang tru SMS nie..
Sungguh sesuatu nie…
Aku reply..
“Bil apa..?”
Balas lagi..kali ni panjang sket..
“ notis bil merah..maksudnya bg pgguna yg mpunyai tggkan melebihi 100 akan dihantar notis tsbt supaya pembayaran dbuat dlm masa 14 hari atau tuan dtg dlm tempoh tersebut tsb utk pembyaran ansuran..tapi bg kes tuan..tunggu keputusan jurnal dan hubungi kpm en roslan di talian 066015510 utk maklumat lanjut.tk”
Aku cik laa ngok..
Bukan tuan..
Sentap aku…
Aku merahkan nama tu
Try call the number..
tapi tak angkat..
Try gugel notis bil merah..tak berkaitan
KPM..?? Kementerian Pendidikan Malaysia..
Aku takde kaitan dengan kementerian tersebut..
Banyak lagi KPM dalam tu tapi tetap
takde kaitan..
Dan takde hutang pun
Rasanya..
Kawan aku kata..tu mesti scam
Tapi dalam hati…
Ada debar2 juga…
Seingat aku..
Aku takde hutang ngn KPM. En Roslan…
Kalau ada..sila bercakap secara verbal…
Wa tak layan SMS syiyalll macam nie
Kan dah termaki di petang Jemaat..
Dan juga terima kaseh gugel…
2 comments:
uih cik kak...jgn marah2.nanti kurang berseri2 mukanya :)
tak marah..sentap jer.. :)
Post a Comment