Saturday, July 17, 2010

Bila subsidi kena tarik balik

PM dah buat pengumuman..

Ada pelarasan harga atau rasionalisasi subsidi

Terhadap barang2 keperluan utama seperti

Petrol, gas masak dan gula

 

Pelarasan harga atau rasionalisasi subsidi itu menyebabkan

Harga petrol RON 95 yang aku guna sebelum ni harganya RM 1.80

Selepas harga baru –> RM 1.85

Gas masak yang 10 kg dulu RM 17.50

Selepas pelarasan harga jadi RM 18.50

Gula..??

Dulu RM 1.65 sekilo

Selepas rasionalisasi subsidi –> RM 1.90

 

Tapi Tok PM tetap kata itu bukan kenaikan harga barang..

Istilah yang tepat ialah pelarasan harga atau rasionalisasi subsidi..

Subsidi ditarik supaya duit tu boleh digunakan

untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan..

Pada masa yang sama nak menggalakkan

rakyat hidup secara sihat..

 

Oleh itu…

Meh kita amalkan cara hidup yang sihat

dengan

  • Jalan kaki pegi ofis, untuk jimat duit beli petrol..sebab harga petrol dah kena tarik subsidi

 

  • Masak yang simple2 aje, masak makanan yang cepat masak..telor goreng, panaskan sardin dari dalam tin..Takde dah nak makan sup tulang, asam pedas, gulai lemak..tu semua lambat nak masak..bazir gas masak kekdahnye..

 

  • Kurangkan makanan, minuman manis sebab gula dah ada harga baru..nanti minum banyak gula dapat kencing manis…

 

Ada lagi…??

Sila tambah…

 

Bertuah kan kita duk kat Malaysia yang tercinta nie..

Pemimpin nya sungguh prihatin dengan masalah rakyat….

Harga2 tersebut masih dikira

Antara yang termurah di rantau ini..

Aku sangat terharu…

1 comment:

MUARA said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...