Wednesday, September 30, 2009

Ada apa dengan bumper


Lihat lah dunia..pada bontot kucing siam saya neh..akibat kekejaman sang treler yang terlebih amik side telah menyebabkan bontot kucing siam saye terkapang dengan syahdunyer..dan yang paling x puas hati tu, treler tu leh belah selamba kodok jer tanpa rasa bersalah..cian lah..

G balai wat report silap2 kena saman laa plak p polis tu dengar jugaklah rintihan saya dan sy tidak bercadang untuk claim insuran sesiapa memandangkan kecederaan itu tidak berbaloi untuk mengclaimkan insuran..tapi aku dah bertekad biarlah bumper mu itu kekal sebegitu..p sakit gak laa mata tengok kucing siam dah kurang encem..

Tapi, saya tetap bersyukur kecederaan itu hanya sedikit sahaja tuan punya kucing siam tidak mengalami apa2 kecederaan walaupun mengalami sedikit trauma akibat terkedepan semasa dilanggar treler tersebut...huwaaaa....lampu belakang, plat no pun still intact lagi..alhamdulillah..

Tambah syahdu lagi ialah semasa saya taip entri ni tengah dengar lagu raya Cahaya di Aidilfitri-Black dog bone...siapakah yang sudi, menghulurkan simpati kepada nasib ku ini....:(

P/S: Today is my mama's bufday..selamat hari lahir mama..semoga mama sentiasa sihat, dimurahkan rezeki, diberi keberkatan umur..kebahagian and kesejahteraan olah Allah SWT. I love u always

Tuesday, September 29, 2009

Raya kan sebulan

Baru ader mood nak post new entri kat blog..nampaknya bukan setakat tuan tanah kedaung yang cuti, blog pun cuti..x nyempat2 nak updet ms raya..konon macam bz laa shangat melayan tetamu..

Citer raye saya tahun ni biase2 ajer..bukan x best p samer laa..x semeriah ms kecik2 dulu..g masjid bukan laa solat raya sangat, g jumpe kawan2 sambil tayang kurung raya baru pastu main kejar2 sambil mak jegilkan mata..(scared) balik umah, makan juadah raya, g ziarah kubur then dah start pusing kampung g kutip duit raya..penah dulu siap sampai ke kampung sebelah2 sambil bawak spare pam basikal yang panjang tu takut tayar flat tengah jalan..baik betul saye nyer planning time kecik2 dulu..:P

Baju utama raye saye tahun ni telah disponsor oleh my sis, thanks a lot..walaupun bling2, sampai gatal2 badan memakainya..p cantiklaa. gambo x sempat nak amik..family pun x semua yang datang n kitorang satu family pon x sempat nak ziarah family belah babah..sori laa my fellow aunt, uncle n cousin x sempat nak g umah korang..

Hidangan raye? hmmm..tahun nie my sis jugak yang sponsor sate untuk raye pertama, sambil ader ketupat adabi segera (specially boil, put pandan leaves anf cut by me...)hahaha n my mom's signature..beef rendang..simple jer tp yang penting habis sebelum petang..yang datang petang terpaksa makan udang goreng..

saye rasakan, semakin saye dewasa, kemeriahan raya yang maksima adalah pada malam raya, dari saat berbuka pose (sambil dalam otak kira2 bape hari kene ganti), dengar suara takbir yang syahdu n bunyi berdentum dentam jiran2 bakar duit main bunga api..bayar zakat laa kot:p masa tu laa baru terasa riuh, sambil bergelurat (brunei language: liat nak tolong buat keje) nak bentang carpet, sapu umah, vacuum n isi kueh dalam balang raya..

Mebi jugak, yang paling bahagia ialah our parents bila tengok anak2 dier semuanya balik beraya, berkumpul satu keluarga..

Selamat hari raya lagi, pada kawan2 yang hantar wish sms raya sori x dapat nak balas sebab saye terlalu excited nak balik raya sampai handset ttinggal kat Nilai..huhu..n sesaper yang nak datang beraya tu, jemputlaa datang hari sabtu ni kat kolej saye kat Nilai..banyak makanan best disediakan...jemputlaa datang..ikhlas nie...ym saye untuk map..:D betullaaa korang..

Oh ye..pagi tadi sesuatu telah berlaku pada incek cpender kesayanganku menyebabkan bontotnya kurang ensem..sabo jer laa...kite sambung besok laa plak

Thursday, September 17, 2009

Salam aidilfitri

Huk huk..entri terakhir sebelum tuan tanah kedaung bercuti raya..:P

Memandangkan hari ni hari terakhir, boss cam baik ati nak suh cuti(berganti occay!!) esk so entri ini merupakan entri terakhir sebelum menjelang syawal. Hati dah meronta-ronta nak balik kampung, rs mcm hari ni jugak nak g lcct tunggu flight..apakan daya tahun ni aku macam budak baik yang balik lambat (pagi sabtu) sebab selalunya aku adalah antara calon2 yang bercuti raya awal..apply loan ngn bank nak bli private jet sampai skg x approve

Raya aku sama jer mcm raya sebelum2 ni. ader baju raya, kueh raya tunjuk dan semuanya ala kadar..xdelaa beriya2 sgt lagipun anak bulan den dah nampak dah pun..huahua. Dan bila balik kampung, haruslah menyediakan diri untuk menjawab soalan2 bonus dari sedara mara iaitu, bila nak kawen..huhu..sabo laaa...

dalam pada tu, ralat jugak Ramadhan dah nak berakhir...bukan apa, takut raya nanti nafsu makan tak terbendung, tengok kat perut, nampaklaa leper sket berkat pose p klu dah kn rendang, ketupat, lemang apakah ia akan terus leper begitu..

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan laa selamat hari raya, maaf zahir batin atas segala khilaf yang disengajakan atau tak disengajakan..semoga korang seronok menyambut raya nie, n jgn lupa masuk keje balik dah puas2 cuti raya tu..jgn simpan dalam ati taw..maklum jer laa kadang kita tak tahu yang kita dah mengguriskan perasaan org lain tanpa kita tahu..

Aku dah x sabo sgt nak balik kampung, jumpe parents aku..sebab bagi aku, xde kampung yang paling best nak beraya selain kampung aku sendiri..to my ribena, selamat menyambut hari raya kat spital, jgn ngular di pagi raya.. jgn bersedih menyambut raya pertama kali sebagai anak yatim piatu..huhu

P/S: Aku nak raye puas2 tahun nie:P

Saturday, September 12, 2009

Perhatian!!!Jangan duduk hotel ini

Malam ni, aku ader banyak sket ruang untuk berblog setelah malam2 sebelumnya keletihan akibat terpaksa berlari secara berterusan mengejar anak murid untuk clinical examination.

Bila anda dalam keletihan, what do you need the most? Of course, kita perlukan tempat rehat yang selesa dan sempurna..tidak mengharapkan suite di Pullman Lakeside Putrajaya dan tak pula ingin rumah tumpangan di Lorong Hj Taib

Tapi apa yang berlaku beberapa hari sudah, usai perjalanan yang meletihkan dari Alor Star menuju ke hotel di Kangar, check in, pekerja wanita yang agak mengantuk dan malas2, impuls dier mmg slow lah!!bilik yang telah ditempah awal tidak dapat disiapkan..ok, tahan marah sebab tengok jam pink yang cantik kat tangan baru 1.30 pm..xpe..sabar...terpaksa menunggu di lobi hotel untuk menunggu bilik dikemaskan..itu pun setelah beberapa minit menunggu, barulah boleh naik ke bilik..rupanya, satu lagi bala, bilik tingkat 3 tetapi lif pula rosak..maknanya kena angkat beg ke tingkat tiga sementara nak tunggu bilik yang satu lagi siap.

Fed up betul..call HR, lepas tu baru ada beberapa pekerja yang tolong angkatkan beg naik ke bilik sementara nak tunggu bilik satu lagi siap. Ingatkan dah masuk bilik, pulse rate akan kembali normal..lain pulak jadiknya..its a queen small bed, bila baring berdua, yg lagi sorang akan baring kat tepi katil..takkan nak tido satu katil berkongsi selimut..kang salah peluk kang...haa..nak kentut dalam selimut pun susah!!igt kitorang ni pegi honeymoon ke yg p bagi katil kecik tuh!!!

Lagi satu bingai..so not happy with the room..request nak tukar bilik katanya xde bilik sebab skg tengah renovation..patutlah karpet berhabuk, bila pijak rasa tebal jer...sekali kibas ngn sejadah..menderu debu berterbangan...bilik berbau busuk, rupanya aircond leaking, check kat toilet plak, sinki sumbat, belum pun sempat bukak paip lg. P chek bilik yang satu lagi, igtkan dah siap buat, rupanya x buat lagi, selimut bersepah, bilik bau arak..oh no no..kemarahan sudah tidak dapat dibendung

Call HR, request nak check out to another hotel. Yang peliknya, larat pulak angkat beg yang besar n berat tu turun ke bawah..memang marah sungguh tue...i want to check out..without saying anything, koyakkan slip credit card depan mata dier..all of them senyap x kata apa

Move to Putra Palace, reception pun friendly, sejuk hati..pesanan tuan tanah, jgnlaa korang cuba2 pegi kat hotel tu...aku dah trauma babe!!Haprak betul..setakat sempit bleh tahan p kalau semuanya sekejap, nanti, xde orang yang keje..hmmm

Aku letak gambo real..padan muka dier
Ni haaa hotalnyer tu..malas nak cakap banyak..hotal jer baru p servis lopek

Harga bilik..juga malas nak cakap banyak..


View dari pintu, belah kiri tingkap,sebelah tingkap ader aircond leaking. Kanan lemari dan bilik air. Dalam bilik air ader sinki tersumbat


Bila berbaring..mak x rela nyah!!!

P/S: Lu piker laaa sendiri



Beauty with the brain

Hmmmm..menjadi pensyarah pada satu profesion yang kebanyakannya dimonopoli oleh wanita telah memberi aku peluang untuk berjumpa macam-macam jenis perangai kaum hawa ni. Apalagi pada peringkat umur awal 20-an, yang hormon estrogen dan progesterone tengah membuak2 dan perasaan untuk berkasih-kasihan dengan golongan XX yang tinggi..mau pening gak laa kepala.

Isunya kat sini ialah, apabila wanita tersebut cuba untuk menampilkan kecantikan melebihi daripada apa yang ada dalam kepala hotaknya. Susah jugak nak explain tu..senang cakap, muka cantik, mekap tebal, shisheido aka eyeshadow berkaler2, hijau, biru, merah lah atas mata tapi dalam otaknya kosong hatta ditanya soalan mudah xbleh jawap..haru sungguh. Tak tau aper yang ade dalam kepala hotaknye..agaknya hanya ada lendir keputihan kot...

Aku ramai jumpe dengan golongan-golongan seperti ini, bila keluar rumah memang cantik p bingai, haprak, sengal yang amat..x boleh nak berfikiran kritikal ataupun menggunakan suku daripada sel otaknya. Bila ditanya soalan, terkebil-kebil pandang dinding, cakap dengan dinding lagi boleh menjawab..ataupun mereka cuba mempertahankan jawapan yang diberikan walaupun jawapan tersebut sungguh salah..contohnya, kenapa bila kita buat ECG (elektrokardiogram-sila tanya uncle google jika x tau) kena letakkan gel pada permukaan kulit. Jawapan dari pelajar itu ialah - supaya elektrod akan melekat pada kulit dengan lebih kuat. Mau pengsan mak dengar...sakit dada sekejap!!!

Nurse tengah buat ECG, sekadar hiasan..huhu..tidak berkaitan antara yang hidup atau mati-answer.com

Tapi itu tidak bermakna, semua wanita cantik adalah seperti di atas. Ada juga golongan yang cantik dan mempunyai kepintaran. Aku juga tidak mengatakan wanita yang tidak cantik itu bijak. Kiranya, jika anda cantik dan bijak (macam tuan tanah kedaung neyyy..) itu merupakan satu bonus buat anda..ia datang dengan pakej yang bagus. Bersyukurlah dengan pemberian dari Allah itu. Dan aku x rela untuk tergolong dalam kategori tersebut.

Walaupun rupa anda kurang, x secantik Aishwarya Rai, Nicole Kidman cukuplah jika mempunyai sedikit kepintaran dan pemikiran yang kritikal, sikap yang baik serta rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan. Itu yang akan meyebabkan kita kelihatan pleasant di mata orang dan mempunyai personaliti yang menarik.

Bagi lelaki pulak, which one u prefer??Wanita yang berwajah cantik tetapi bingai atau yang yang cantik dan bijak? What about, wanita yang berwajah tak cantik dan personaliti yang menjengkelkan? Hmmm wanita jer ker? Lelaki xde yang bingai ker?vice versa laa yer..Renung-renungkan dan selamat beramal...

P/S: Dah masuk fasa ketiga Ramadhan..pose dah nak abih..x sabar jugak nak raya..baju raya korang dah siap lom...hahaha

Saturday, September 5, 2009

Munajat cinta




Malam ini ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang selalu, pupus


Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus


Dah dengar bape kali tak tau..syahdu betul dengar lagu nie especially tang chorus!!



P/S: Jiwa tengah kacau...huwaaaa

Friday, September 4, 2009

Aku akan pergi jauh

Cheh..sayup jer tittle...minggu depan dan minggu seterusnya tuan tanah kedaung akan pergi utara untuk wat clinical examination..huh

Berjihad di bulan puasa...maknanya jadi musafir laa kan..cheh aper kejadah nya ko suka suki nak bukak pose...ente naik flite bukan naik unta pegi Kangar..Insyaallah semoga semuanya dipermudahkan..dan aku selalu berdoa semoga Allah berikan aku kesabaran supaya aku tidak meroyan semasa exam dengan pelajar2 tu..maklumlah wat exam taim pose..dahaga bukan leh minum air..p aper salahnya, zaman Rasullullah taim pose leh g perang lagi...positif 16x

Yang pasti aku aku merindu blog pink ribbon hitam ku ini..harap2 ade laa internet percuma kat utara nun..

Tetiba rasa rindu lak ngn lagu nie...

Thursday, September 3, 2009

Berterawih di Masjid Besi

Minggu lepas ekceli terawihnya p xde masa nak upload ke blog..maklumlaa pose..ngantuk manjang...kononnya..

Sajalaa nak try kononnya masjid baru-Masjid Besi (Masjid Tuanku Mizan) kat Putrajaya sambil merasai sendiri pengalaman bersolat kat masjid yang yang 70% diperbuat daripada keluli tanpa xde kipas or aircond. Di samping nak tau kenapa duit income tax aku digunakan untuk buat masjid baru yang nampak begitu cenggih n futuristik walaupun dah ade masjid yang beso bergedang, yang boleh nampak kat hujung tasik nun..“Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

No doubt, masjid tu memanglaa cantik pada pandangan mata. Mau tidak, kalu dah buat dengan kos RM 208 juta..huhu..cantik..rasa macam solat dalam khemah jer..kiri kanan lapang, xde dinding yang nyata cuma tiang2..antara jemaah lelaki dan wanita xde penghalang...malu2 nak tukar telekung..jemaah lak kira ramai laa jugak, yang datang dari jauh pon ade mcm bangi, sepang n nilai:p

Masa aku pegi tu pun malam, so pemandangan agak terhad, tp nampaklaa jugak cruise bergerak kat bawah kite..rasanya kalu pergi siang mesti lagi cantik..lagipun masjid ni baru sangat siap, eskalator pun x function lagi dan x pasti dah officiate ke blom.

Info lebih leh tengok kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi

Kat luar Sahn. Aku snap dari tempat wanita berbuka. Kat depan tu orang lelaki tengah amik makanan :D Suka tengok kerangka kat atas tu. Dari sini pun boleh nampak masjid putra..kalau u'll terer sila spot kat mana menara masjid putra..hahaha

Tempat wudhu wanita.

Kat Sahn lagi

Kat dewan solat. Jemaah lelaki solat kat depan ye

Kubah masjid. Actually yang bulat kat tengah tu ade kalimah Allah

Inilah gas penyejuk tu. Ganti pada kipas/ aircond. So lenkali kena cari port dekat2 dengan tiang kalu nak sejuk. Takde panas mana pun, rasa jer angin bertiup/ Api neraka lagi panas wehh!!


Kat Mihrab..cantik sangat kaligrafi ayat Al-Quran tu..mimbar pun nampak suci sangat


P/S: Bila laa nak pegi lagi..ops lupa nak cakap, aku x penah g masjid parking kat bawah tanah wehh..rasa mcm nak g soping laa plak..

Tuesday, September 1, 2009

Happy belated Merdeka day

Hari ni dah 11 ramadhan, 1 Sept..baru dapat gaji..tengok2 kat atm ade duit penye...aduh..tetiba badan rasa sakit2..mesti nak kena aircond soping komplek nih

Diam tak diam dah 11 hari kita puasa, dah masuk fasa kedua Ramadhan yang mana Allah janjikan, fasa kedua adalah fasa pengampunan. Rasa cepat sangat masa berlalu. Dan semalam, 10 Ramadhan, 31 Ogos negara Malaysia kita yang tercinta menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Kalau kita masih ingat 10 Ramadhan juga adalah hari di mana Rasullullah telah berjaya menawan kembali kota mekah setelah sekian lama berada di bawah jagaan kaum Quraisy..dan pertama kali solat jemaah yang diimamkan Rasullullah di hadapan kaabah..kagum kan...

Duwh..sejak puasa ni entri baik jer..xpe..ader ilmu yang lebih kite kongsi ngan orang lain..

Petang ni nak buka ape ek?rasa jemu laaa plak ngan menu pasar ramadhan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...