Showing posts with label ziarah. Show all posts
Showing posts with label ziarah. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Travel lite ke Madinah

Hari tu aku kata aku nak g Madinah kan..
Cuti hujung minggu lepas
Pegi malam Khamis pukul 10, sampai pukul 3 pagi..
Balik pas semayang Jumaat dalam pukul 2..
Konsep travel light aku…
DSC00970[1]
Hahhhh..tetap beg bagak jugak yang aku bawak
Pegi travel sehari ke, seminggu ke beg tetap banyak
Lagi lama tinggalkan umah lagi besar laa beg aku angkut
Hidup aku takde konsep travel lite nye..
Secara tak langsung, aku memang tak layak masuk
Survivor, Amazing Race ke hape..

DSC00031
Sesampai di tempat kejadian


Dulu masa kat tempat keje lama
Bila outstation jer mesti beg aku yang paling besar
Boss lama mesti perli punya
Ye laa nko askar reti laa nak travel lite
Aku balassss....aikk boss bawak suar kecik jer ker…
Muahahahaaaa…


Madinah tengah musim panas skang nie..
Membahang aje rasa..
Nak g masjid memang kena bergaya pakai shades
Orang jangan cakap laa ramai tahap mana…
Saiz kecik comel comfom melayang2
Diterjah dek orang badan besar dan tegap
Mostly dari Pakistan dan Turki
At least kat situ aku fefeling kuros..


DSC00033
Jemaah usai solat asar di luar Masjid Nabawi
Payung-payung di dataran masjid sangat cantik
MasyaAllah…


Compare ngan trip aku pegi Madinah sebelum nie,
Ble nak masuk Raudhah, smooth jer..
Kali ni, 3 kali kena berhenti duduk..
Tu pon try gak nak cilok2
Tapi polis die memang tak kasik can..
Anti betul ngan telekung putih
Nampak telekung putih jer suh duduk setempat ngan Indon
Silap tak pakai shawl hitam nak masuk Raudhah..


Masuk masjid pukul 9 malam, 1230 malam baru balik
Gigih tak gigih nak masuk Raudhah
DSC00040
Kat dalam ruang solat perempuan di Masjid Nabawi
Gambar ni kalau aku kata aku guna air sembahyang jer
Korang kena percaya
Siap dengan dagu berlapis tajam tanpa botok


Seterusnya, adegan ziarah luar plak
Aksi menyebok orang nak beli rumput Siti Fatimah di Bukit Uhud
DSC00086


Beza ziarah kali ni singgah ke Masjid Qiblatain
Hari tu tengok dari luar ajer
Dan ladang harimaunya kurma


Dalam doa ziarah Wida:
Ya Allah janganlah kau jadikan ziarah ini
Sebagai ziarah yang penghabisan
Semoga hambaMu ini berpeluang menziarahi kembali tempat ini
Dalam keadaan sihat dan baik InsyaAllah

Dan kerinduan bercambah2 pada kekasih Allah
Selawat ke atas Nabi SAW


Tuesday, April 5, 2011

Umrah

Perghhhh

Giler lama x updet..

Cam merajuk pon ade belog nie..

Masa nak updet aje yang takde tapi

kadang-kadang curi2 jugak berbelog walking ke sana ke mari..

Baca aje..

X dan nak tinggal signature jer

Punya laa sibuk ye kawan2..

 

Minggu lepas queen dan king aku datang sini

Nak spotcheck anak dara dier buat umrah

So sebagai anak yang solehah

aku pon ikut laa sama temankan derang

Sebenarnya rindu nak ngendeng2 dengan mak bapak

 

Dah kalau kau ke sana dengan queen..

Tak dapat laa ko nak membela bantal sampai ke cerah

Seawal subuh pukul 3 dah kejut ajak g mesjid..

Apa ko nak tido?

Abis ko datang sini nak tido aje  laa yer..

Haaa kan tak pasal dapat tazkirah free..

IMG_0147

Dataran masjidil haram lepas asar..

Tetap ramai yang tawaf walaupon panas terik

Aku pon tanya soklan bonus kat Queen

Aku: Mak derang ni kebal erk..tak reti panas ke tawaf terik2 camni

Queen: Ye lah sebab kat padang mahsyar sok lagi panas..Sejengkal ajer jarak matahari ngan kepala nko..

Aku: Gulppp

Hamik kau…sedas dier kasik..

IMG_0150

Ni plak jemaah kua dari Haram

Lepas solat Isyak..

 

Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..

Walaupon dengan jemaah yang ramai

Cuaca panas terik..

Selamat buat umrah dan ziarah kat sini

Dah selamat  kembali dah pon ke tanah air

Semoga mendapat umrah yang mabrur..

Amin…

Saturday, February 19, 2011

Merah itu saga

Hari tu dah pandang-pandang

Pegang-pegang..

Boleh ke..?

Boleh…

Ni bukan lagu Ana Rafali dan Suhaimi Meor Hasan

Ni haaa…

Red Gem Satin Clutch Bag

Dari sini

 

Siap bawak tawaf satu Debenhams kat Mekah

Masa nak temankan kawan buat Wida..

 

Tak senonoh kan..

Nak tawaf Wida sempat tawaf kat kedai dulu..

 

Last2 letak balik

Takmo ikut sangat napesu Syaitonirrajim…

 

Tapi balik umah..

Terkenang-kenang…

Hurmmmmmm..

Perluke aku pegi Debenhams sekali lagi… :(

Tuesday, January 18, 2011

Which stone are you..?

Roadside stone,
Stone head
Rolling stone..
I found this from here..


By her who in January was born
No gem save garnets shall be worn
They will ensure her constancy
True friendship and fidelity...


The February born shall find
Sincerity and peace of mind,
Freedom from passion and from care,
If they, the amethyst will wear...

By her who in March was born
No gem save bloodstone shall be worn
They will ensure her constancy
True friendship and fidelity...

She who from April dates her years,
diamonds shall wear,
lest bitter tears
For vain repentance flow...

Who first beholds the light of day
In spring's sweet, flower month of May
And wears an emerald all her life
Shall be a loved and a loving wife...

By her who in June was born
No gem save pearls shall be worn
They will ensure her constancy
True friendship and fidelity.

The gleaming ruby should adorn,
All those who in July are born,
For thus they'll be exempt and free,
From lover's doubts and anxiety.


Wear a peridot or for thee,
No conjugal fidelity,
The August born without this stone,
`Tis said, must live unloved; alone.

A maiden born when autumn leaves
Are rustling in September's breeze,
A sapphire on her brow should bind;
To bring her joy and peace of mind.

October's child is born for woe,
And life's vicissitudes must know,
But lay an opal on her breast,
And hope will lull those woes to rest..

Who first comes to this world below
In dreary November's fog and snow,
Should prize the topaz amber hue,
Emblem of friends and lovers true..

If cold December gave you birth
The month of snow and ice and mirth
Place on your hand a turquoise blue;
Success will bless whate'er you do..


So, which stone are you..
In love with my new aquamarine... :)
But, I am peridot..


My kontot2 gebu fingers
Holding my stokin busok after Tawaf Wida
In front of Masjidil Haram
King Abd Aziz Gate.. :)

Saturday, January 15, 2011

Raudhah..taman syurga

Pengalaman mengunjungi Madinah untuk kali kedua
Sangat menenangkan
Sukar digambar dengan kata-kata
Lantaran sebelum ni berkunjung dengan sedikit kekangan


Kali ni peluang tak dilepaskan
Alhamdulillah diberi rezeki solat berjemaah di Masjid Nabawi
Dan yang paling penting
Berpeluang bersolat di Raudhah, salah satu dari Taman Syurga
Dan mengunjungi makan Rasullullah saw dan sahabat Abu Bakar dan Umar..
Dapat menunaikan solat sunat dan beriktikaf di kawasan Raudhah
Berdoa, memohon keampunan Allah atas dosa2 yang dilakukan
secara sengaja atau tidak..


Rasa kagum pada peribadi Rasullullah
Bibir tak henti berselawat ke atas baginda..
Tak tahu dari mana wujudnya rasa sayu dan sayangnya terhadap kekasih Allah
Air mata laju membasahi pipi saat berdoa di depan makam baginda..
Lagi syahdu saat membaca wada untuk Rasullullah..


Terharu pada kesetiaan sahabat bernama Abu Bakar, Umar..
Dalam hati bertanya..
Mampukah aku menjadi sahabat kepada teman-temanku
Sebagaimana Abu Bakar dan Umar
Yang sentiasa bersama Rasullullah
dalam susah dan senang sebagai sahabat..


Pemeriksaan agak ketat di pintu masuk masjid
Kamera, henfon dengan kamera memang tak dibenarkan dibawa masuk
Tak dapat nak sertakan bukti bergambar yang ekslusif..
Tapi sesungguhnya aku kagum dengan seni ukiran
dan architechture masjid Nabawi..
Dari bumbung, payung, lampu, tiang
Masyaallah, Tabarakallah...


Dengan cuaca musim sejuk
Nyaman dan selesa mahu berziarah
Ke Quba dan Jabal Uhud lagi..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...


Semoga Allah mendengar dan menerima doa dan ratapanku..
Semoga Rasullullah mendengar salam ku
Dan salam yang dititipkan dari keluarga dan kawan-kawan..
Supaya semua kita mendapat kebaikan di dunia da akhirat..

Raudhah dari Google

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...