Kerap terjumpa semasa blogwalking..
Kawan2 yang bagi tips yang macam2..
Nak up trafik..
Tips itu, tips ini, tips nak bagi kat waiter..
Ada kaitan ker..??
So kali ni..
Tuan belog nak share tips yang boleh diamalkan
Untuk menjadi kaya…
Ermmmm tuan belog ni kaya sgt ker nyah..??
:))
Kaya tu subjektif..
Tak semestinya kaya dengan wang ringgit..
Ada kaya dengan budi bahasa –> macam tuan belog..lalala
Kaya kasih sayang..
Kaya dengan senyuman…
Kaya anak..
Kaya bini… :-?
Ok melalut dah nie..
Tips yang pertama..
1. Jangan tinggal solat lima waktu
Setiap kali lepas solat, berdoa kepada Allah semoga Allah murahkan rezeki kita, banyak kan rezeki kita..minta Allah rahmati kita..rahmat Allah itu tak semestinya datang dalam bentuk wang ringgit..kebahagiaan, ketenangan, kemudahan dalam menjalankan urusan harian, anak2 yang soleh, solehah..orang2 yang menyenangkan..itu adalah rezeki namanya..
2. Amalkan solat dhuha..
Aku cuma untuk mengamalkan..esp bila hujung minggu..mencuba sedaya upaya..walaupun tak selalu berjaya..kalau kat ofis tu lagi laa..bila dah setat blogwalking buat kerja..banyak kelebihan solat dhuha nie..korang tanya laa uncle gugel camana nak buat solat dhuha nie..yang penting dah mandi wajib..lalala
3. Sentiasa bersyukur
Tak kira samada rezeki itu datang dlm bentuk yang banyak atau sedikit..kerana itu semua adalah ketentuan Allah..lebih baik sedikit tapi berkat daripada banyak tapi haram..mensyukuri nikmat Allah walaupun bonus dapat sket ajer..bila kita mengucap Alhamdulillah pon dah dapat pahala..
4. Banyakkan sedekah..
Jangan buat2 x nampak pada makcik yg kendong anak duduk kat tengah2 pasar malam tu..ikhlas bersedekah bukan niat menunjuk2, atau mengharap balasan..kadang2 RM50 itu terasa sangat berat hendak diletakkan dalam tabung masjid tapi amat ringan untuk buat soping baju, henbeg, kasut, soping online… :(
Sentiasa beringat, jika kita buat orang lain gembira, Allah akan balas dengan kegembiraan yang lebih besar lagi..
5. Berpuasa
Relevan ke? Ye laa..dari pandangan tuan belog..bila puasa boleh mengawal nafsu daripada nak makan mcm2, bekfes roti canai, teh tarik, lunch kat mekd, minum petang kuew teow basah..kan ke pakai duit tu..byk penyakit datang akibat banyak makan so bila puasa jimat duit nak beli ubat, pegi hospital bagai..jiwa pun lebih terdidik daripada tunduk kepada kemahuan nafsu..
6. Sentiasa istiqamah dalam setiap apa yang kita lakukan..
Jangan hangat2 taik ayam jer..hari ni esok dah tak buat..gamaknya hari ni je laa kaya, esok dah tak..hahaha..
7. Bukak blog, daftar nuffnang, google adsense pon boleh kaya jugak..hihi.. <—yang ni takde kaitan ye
Rasanya cukup dulu laa ye..kang klu tuan belog list sampai 10 cepat sgt pulak jadik kayanya..
Bukan apa, aku tertarik untuk berkongsi dengan korang semua sebab..
Adalah satu kisah kawan yang dah lama tak jumpa..
Tengah sibuk buat bisnes laa kononnya..
Tegur kita ingatkan ikhlas rupanya nak ajak berbisnes..
Pulak tu abis penuh wall FB dengan iklan nye mengajak kawan2 lain join sama..
Pastu hari2 bagitau duit sekian2 masuk dlm akaunnya..riak kan…
Pesanan untuk sahabat itu..
Semoga kau berjaya..
Aku tak berminat kalau nak kaya dengan cara macam tu..
Login FB dapat duit, join MLM, jual produk dan dapat point, bulk2sms…tamawwwwwwwww
Aku lebih bangga kalau duit itu datang hasil dari titik peluh aku sendiri..
Contohnya berkerja, berbelogwalking ke blog orang kejar trafik..
:)
Ada lagi ke tips2 nak jadik kaya..??
Kita sambung lain kali ya..
Selamat beramal…