Friday, December 31, 2010

Penutup 2010

Dah 2 3 kali bukak..

Pandang-pandang..

Baru nak pegang..

Haippppppp…

Tersekat plak..

 

Hari ni

Last day 2010

Cuti..

Tido…

Tak le kua rumah..

Di luar sana hujan..

Dan mungkin akan banjir..

Yang tinggal dalam kompaun…

Mode: berjaga-jaga..

Mungkin kena keja

Bila banjir…

Mereka takut kejadian tahun lepas berulang..

Banyak nyawa yang terkorban…

Even hospital pon kebanjiran..

image

Full story boleh bace kat sini

 

Dari jendela kamar..

DSC00898[1]

Air teh ais hujan mula bergenang..

Nasib baik tak lama..

 

Duduk rumah..

Masak2..

Konsep: banyak sayur dan sihat..

Bukti bergambar tarakkk

Rasa: jangan tanya..

Janji kenyang…

Saya semakin hopeless bab memasak..

Paserah…

 

Selamat tahun baru..

Malam ni takde bunga api..

Nak letup2 kena pinjam

Senapang patah pak guard..

Ngeeeee :D

Tuesday, December 28, 2010

Azam tahun baru...

Azam tahun baru..
Untuk kembali mensedarkan diri..
Setelah ada perasan perasaan
Bahawa hakikatnya jarum penimbang itu 
Perlahan2 menaikkan jarumnya...
Sebab sebelum nie
Rasa macam timbang tu rosak..


Azam tahun baru saya..
Nak lebihkan pengambilan buah dan sayur
Supaya sentiasa kelihatan muda sihat
Sebab saya tau..
Saya adalah spesis yang susah nak terima
sayur dan buah..
Terutama sekali sayur..
Sebab jadik misi dan tau sayur dan buah tu penting
Baru laa paksa mende alah tu masuk mulut..


Kurangkan makan nasik
sebab bila kiter makan nasik,
rasa macam indigestion..
Asyik nak makan, dan makan lagi...
Tak best okeh... ;)


Penuhkan fridge dengan buah dan sayur
Bukan setakat beli dan penuhkan
Tapi kena makan sekali...
Elakkan dari membiarkan sayur dan buah tersebut
Membunuh diri sebab tak kena makan...


Tetiba saya teringat satu dialog
"What's in your fridge is what's inside your stomach..
So agak2 kalau banyak sayur dan buah dalam peti ais
Sayur dan buah jugak laa yang banyak dalam perut kita kan..
Kalau banyak kek, puding..
Makanan yang di masak beberapa hari, makan tak abis2 nak buang sayang..
Haihhhh....


Bila fridge saya penuh ngan sayur dan buah
Cam picca dari google nie..
Healthy Fridge
Baru saya akan kelihatan lebih comel dan berseri..
Dan kulit jadik putih dan rambut
bertukar blonde..
Ahakss... ;)


Sambil tu..
Kalau ada rezeki..
Nak juice extractor..
Supaya saya leh minum fresh juice hari2..


Ni baru permulaan okeh..
To stay healthy and beautiful...
Azam korang plak..?

Monday, December 27, 2010

Ahahahaaa...

Ingat tak dulu..
Kiter kater kite nak pakai braces..
Hari tu kan, kite ikut laa kawan kite 
G ketatkan mende alah tu..
Sambil nak suh doktor tu
Usyar2 gigi kapak kiter..


Hah sekali..
Amik kau...
Sembilan gigi nak kena filling...
Before proceed nak letak braces..
Agak lama jugak tak jumpa doktor gigi..
Maklum dah lama x jumpa dentist...


Tapi ye laa erk..
Ape barang gigi cantek tapi banyak lubang lubang lubang 9 lubangs.. :P


Pastu doktor tu jugak kata..
Nak kena cabut empat batang gigi...
Baru boleh tarik cantek..
Bukan gigi geraham..
Tapi kemungkinan gigi taring..


Alamak...
Camner nak makan ble dah cabut sok...
Paling penting..
Camner nak senyum ngan 4 gigi taring lopong...
Nak cakap ngan orang semua..


Panjang kena pikir nie..
4 gigi taring nak cabut...
Satu pon seksa gamaknya....
Say cheeseeee....






Saturday, December 25, 2010

Sesi mari jalan-jalan cari pasal

Weken memang di nanti

Setelah mengulat ngulat berhempas pulas

bekerja sepanjang minggu :D

Masa tu laa nak bangun lewat dari biasa

Buat house cleaning beriya laaa sangat

Laundry, masak sampai umah berasap

dan trigger smoke detector dan

bomba datang nak inspect

Sebab kitchen hood tak function

dah report banyak kali tak datang repair

Kelas kan sesekali aku masak…

Satu kampung tau…:P

Omelan nya pun panjang..

 

Selain dari tu..

Masa tu jugak laa nak jalan2

Walaupon soping komplek besar dan banyak kedai

tengah buat sale

Tapi sangat impossible untuk khatam dalam satu hari

Sebab kedai bukak at certain2 time ajer..

Sigh….dalam ati kata selamat duit aku

 

View along the Sari St..

Banyak cafe, restaurant yang best yang belum sempat nak terai

DSC00847

Bunga kat divider tu cantik sangat..

DSC00849

Cafe Harley Davidson..

Makan atas Harley ke..??

Kotor nya ujro tu…

 

Then, one of the shop at Tahlia Mall..

Pinggan mangkuk sangat cantik2

China bone katanya..

Tak tau laa ape yang spesel pasal china bone nie

Pinggan mangkuk buat dari tulang lembu…

Halal ke?Lembu tu sembelih ke..

Harga untuk satu set macam kat bawah nie..

Macam harga sebijik Viva kat Malaysia…

DSC00852

Sejak bila plak minat pinggan mangkuk nie… :">

 

Berkenan tengok tray yang nie..

Kalau beli, mesti Queen suke..

DSC00853

Sekali belek harga..

Mak aihhhh…:/

Gaji MO spital gomen sebulan…

Bukan satu set…

Yang tecik sekali kat depan nu haaa…

 

Yang ni plak…

Kalau nak feeling2 masak ala2 Jamie Oliver

DSC00856

Kelasssssss….

Sempat main masak2 kat situ..

Sebelum di jeling tajam oleh SA

After all, its Villeroy and Boch…

DSC00854

Hurmmm…

Aku takat mampu amik gambar aje laaaa

DSC00858

Dengan beg coach…

 

Okeh..

Yang ni aiii suke..

Jeddah Mall…

DSC00859

Sederet designers shop kat sini..

Feeling memang best..

Tapi masa ni, kol doblas..kedai dah tutup..

Datang balik kul lima kalau nak jugak belek

Gucci, Burberry, LV, Dior, Chanel..

DSC00860

 

Ni lagi tempat lazim

Untuk bayar zakat..

DSC00861

Haih..lambatnya nak tunggu January Sale

Friday, December 24, 2010

Bila cinta mula berputik

Semalam kan…

Kite balik keje..

Kite perasan nie….

Wah….

Best…best….

DSC00869

Pokok kurma di sepanjang jalan sudah mula keluar bunga

Hurmmm..

Tak lama lagi boleh petik dari pokok…

Gagagagaaaaa……

Farewell to Myra

Lagi farewell selebration

Kali ni untuk Myra

Die adalah Australian yang pelik…

Sebab she’s way too friendly and

jovial kepala gilerrr sangat best

 

Kitorang rapat sebab

Kitorang datang sama2

Attend orientation sesama...

Duk plak satu apartment yang sama..

Waktu keje pon lebih kurang sama

So, kalau off selalu kua ngan die..

 

Kalau jumpe, mesti bersembang tak ingat..

Tak abis2 citernye..

Gonna miss you after diz..

uhuhuuuu…

 

Farewell dinner kat TGI

Sebab aku giler perasan nak makan steak TGI

Yang bestnya..orang yang nak pegi plak yang belanja..

Best kan dapat kawan cam nie…hihihiiiiii…

DSC00866

Myra kat sebelah awek yang buat peace..

 

Take care Myra..

Hope you find your happiness..

Sunday, December 19, 2010

Kisah tekak yang tak keruan

Saper kata duk sini takde Japanese Food..

Ada tapi…

Jangan laa expect lelebih sangat macam Sushi King

or Genki Sushi kat Malaysia

atau juga sushi made in Jusco, Carrefour or Isetan..

Sebab sushi tu memang tak sedap…

 

Salah satu darinya ialah Sushi Kin

Mind ye tu bukan spelling error..

Memang die eja camtu..

Sushi Kin boleh take away aje..

Nak ode kena tak kurang dari 4 ketul

Harga plak takde yang bawah SR20 untuk empat ketul..

Aku penah tried beef teriyaki rice..

Sedap jugak..

 

So baru ni

Oleh sebab anak tekak dah tak tahan mengidam

Try plak Sushi Yoshi..

Yang ni boleh dine in

Tapi takde kaiten belt

Pinggan yang lalu lalang depan mata..

Ode gak kekdahnyer..

DSC00795

Sushi Time….

DSC00798

Japanese Tea..

Satu pot for two is SR 20

DSC00796

Sushi of the day..

Eat for two..

Tempat yang kosong tu kesahnya

dah kena sosah sebelum amik gamba..

Served with Japanese pickled ginger..

 

Prawn tempura takde dalam gambar

Sebab sangat sedap..

Especially tang black soy-nya..

Recommended..

Kitorang siap ode dua kali lagi…

DSC00799

Ni refreshing tissue..

Sebab stended restaurant takde tempat basuh tangan..

Kalau ade pon jauh nak mampus..

 

Lain kali nak pegi lagi..

Friday, December 17, 2010

Trip to Madinah 3

Harap2 kali ni tak tersepak kabel lagi…

Hahahaaaaa…

 

Hari keesokannya..

Dah plan nak g ziarah..

Terima kasih laa kat Ustaz Aziz

Yang sudi melayan karenah koya saya..

Maklumlaaa festaim kan…

 

Ziarah seawal pagi

Dengan sejuk2 nyaman cuaca..

Kitorang ziarah Masjid Quba dulu..

Masjid Quba merupakan masjid yang pertama

didirikan Rasullullah ketika mula2 sampai ke Madinah

Masjid ini didirikan atas dasar takwa umat Islam ketika itu

DSC00821

Nabi pernah bersabda..

Sesiapa yang melakukan solat di Masjid Quba

Pahalanya sama seperti melakukan umrah

Maklumlaa dulu2 tempoh perjalanan dari Madinah ke Makkah

Mengambil masa lebih kurang 14 hari naik unta dan berjalan kaki

 

Pastu jejak kami teruskan ke Jabal Uhud

Shaydu dan sebak melihat Jabal Uhud

DSC00829

Bukit kat belakang saya tu ialah Jabal Rahmah

Bukan yang kat Mekah tu ye..

Ni yang kat Uhud..

Nampak kecik aje tapi

Agak tinggi sebenarnya..

Tak larat nak naik..

 

Jabal Rahmah ni ialah tempat di mana

tentera pemanah berada..tapi

Akibat tamak melihat harta rampasan perang,

Mereka lupa pesan Rasullullah supaya

jangan tinggalkan bukit tersebut tanpa arahan baginda

Menyebabkan tentera Islam kalah dalam peperangan tersebut

DSC00826

Kawasan makam para syuhada Uhud..

Salah satu darinya adalah makam Hamzah

Kata Ustaz Aziz lagi,

makam ni telah dialih kedudukannya selepas Uhud

ditimpa banjir beberapa tahun yang lepas

Dan, air banjir itu masih berwarna kemerahan

--> Mayat orang yang mati syahid tak kan reput..Subhanallah

DSC00830

Jabal Uhud

Ketika mayat para syuhada nak dibawa balik untuk

dimakamkan di perkuburan Albaqi

Bukit Uhud terangkat sekali

Bersedih dan nak ikut sekali bersama para syuhada

Dan akhirnya, sebab tu para syuhada dimakamkan di Uhud..

Dan di syurga kelak

Satu2nya bukit yang ada di dunia dan ada di syurga ialah Uhud..

Kalau tengok warna Bukit Uhud pon berwarna kemerahan..

 

Memandangkan hari Jumaat nak berkejar untuk solat Jumaat

Kitorang singgah lalu ke Masjid Qiblatain..

DSC00839

Masjid di mana Rasullulah menukar arah kiblat

Ketika sedang bersolat Zuhur rakaat ketiga

Sesuai dengan perintah Allah untuk

memaling ke arah yang baginda suka

Beliau memaling arah kiblat yang asalnya ke Masjid Aqsa

ke Kaabah kerana sebelum ni beliau asyik ditertawakan oleh

orang Yahudi kerana berkiblatkan kiblat yang sama dengan mereka

Sampailaa ke hari ni

Kita solat berkiblatkan Kaabah

 

Rasa seronok dapat menjejak sejarah di Madinah

Insyaallah lain kali ada rezeki

Mau ke sini lagi…

Thursday, December 16, 2010

Ini bukan cerita Bangla

Korang mesti penah geleng kepala

Bila tengok Mat Bangla pegi pasar malam

Kalau beli barang mesti banyak gile..

Tomato, sayur berkoyan2

Kalau tak, takkan ada orang kata

Soping macam Bangla…

Hahahahaaaa…

*

What comes around goes around..

Skang kalau aku soping

Mesti balik jinjit barang penuh kiri kanan..

Naik bas plak tu..

Tak stylo lansung…

Macam2 nak beli..

Maklum aje laa kua seminggu sekali ajer..

Sekali keluar, kena borong macam2..

DSC00842

Hasil sopingan dari Danube…

*

Memang soping macam Bangla..

Eh..tapi kiri kanan tu ape plak…

Close up sket…

DSC00845

Macam nak meriak laa pulak kan..

Dosa……

Close up isi kat dalam pulak

DSC00846

Bangla ade balik soping bawak nie ker…

Balik bawak henbeg guess dan coach

Hurmmmm…

Ko ader…???

*

Malam ni nak tido ngan henbeg baru…:))

Wednesday, December 15, 2010

Dah lah

Tengah bizi taip2 entri..

Till final touch..

Kemas2 paragraph sket..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kaki tersepak kabel lappy

Gelapppppppp………….

Try cari recovered doc..

Taderrrrrrrrrrrr…………

 

Dah lah..esok lah citer

Takder mood nak menulis…

Hepi wiken Saudi Arabia..

Tuesday, December 14, 2010

Trip Madinah 2

Keesokan paginya..

Lepas tidur puas2 cas bateri penuh2

Jalan2 sekitar luar kawasan Masjid Nabawi

Dan soping jugak..

Sempat laaa tangkap satu abaya

Dengan corak warna meriah kat tangan..

Suka..

Sebelum ni kan beli abaya yang plain saja..

Sikit2 mula pandai :P

 

Siang terasa cepat sangat..

Kejap2 dah masuk waktu solat..

Bila waktu solat, kedai pun tutup..

Malam baru jalan2 amik gambar..

DSC00807

Main entrance Masjid Nabawi..

Suka tengok payung yang boleh kembang kuncup tu..

DSC00808

Time solat, semua orang bersiap nak berjemaah di masjid

Sebab satu solat di Masjid Nabawi

Rasullullah janji, bersamaan dengan 1000 pahala..

Kalau dapat solat 40 waktu tanpa tinggal satu pun..

Dijanjikan kelepasan dari api neraka..Insyaallah

DSC00810

Payung di dataran masjid yang boleh kembang kuncup

DSC00812

Dan saya di depan entrance ke kawasan Raudhah

Dengan obsesi terbaru saya – shawl

Oleh sebab waktu malam, tak nampak kubah hijau tersebut :(

 

Esok pegi ziarah pulak ye…

Trip to Madinah 1

Tak tau nak mulakan ayat macamana

Tapi trip Madinah aku baru ni

Sangat mengesankan jiwa..

 

Madinah bersih..

Orangnya agak peramah dan mesra

Udaranya bersih, sejuk..

Kebetulan masa ni baru nak mula winter..

No wonder Rasullullah suka Madinah dan

Memilih Madinah sebagai tempat untuk berhijrah..

 

First time ke Madinah..

Pergerakan agak terhad sebab datang dengan makcik merah

Tapi aku cuba menyelusuri sejarah 1432 tahun yang lepas

Semasa Rasullullah berhijrah ke Madinah..

Kebetulan sempena baru menyambut tahun baru Hijrah

Sebab tu ajakan kawan untuk ke sana tak dilepaskan

Syahdu bila tengok masjid Nabawi..

Jemaah haji pun ramai lagi belum balik..

 

Dari Jeddah, amik bas VIP SAPTCO..

Sangat selesa..siap hidang makanan lagi

DSC00803

Makanan dalam bas..Ayam AlBaik

Perjalanan ambil masa lebih kurang 5 jam..

Kiri kanan hanya ada padang pasir yang gelap

 

Sampai ke Madinah dalam pukul 3 pagi..

Sejuk menusuk ke tulang..

Masa nak turun dari bas rasa pelik

Apsal bas ni pasang aircond kuat sangat kat pintu..

Sejuk winter kekdahnya..

DSC00804

Bermalam kat Movenpick

Aktiviti esok akan disambung

di part yang seterusnya…

DSC00809

Hotel Movenpick..

Hanya lebih kurang 20 langkah ke Masjid Nabawi..

Monday, December 13, 2010

Wahai hati..La Tahzan…

Entri untuk pujaan hati..

Dah tak mau ingat sebenarnya..

Tapi saya tetap mau ingin menulis sedikit

Walaupun saya jarang bercerita tentang pujaan hati ini..

Tapi sedikit sebanyak, Ribena pujaan hati

Yang kaya dengan Vitamin C

Kadang2 namanya muncul di sini

Sebab suatu masa dulu

Ia sebahagian dari saya..

Putus cinta…?

Agak sakai rasanya..

Lelagi kalau dah bercinta lama..

Dan masa tu kiri kanan ko sibuk tanya bila ko nak kawin..

Kawan2 plak semua dah kawin, beranak pinak..

Yang belum kawin plak sibuk bercinta..

Nak aje jadik ostrich, benam2kan kepala

*

Nasib baik tahap sakai saya tak berat..

Agaknya masa tu saya saja bizikan diri

Sambil mengorat mamat2 baru..

Tak sempat nak ingat die lelama..

Kalau terkenang pun, cepat2 alihkan fikiran..

*

Saya bersyukur bila lamaran untuk bekerja jauh datang

Sebab, saya tau saya x sekuat mana untuk bertahan sendiri..

Tengok stering kete rasa syahdu..

Terbayang pujaan hati tengah drive..

Tengok KLCC sebak..teringat 1st date

Putrajaya, Bukit Bintang…

Semua yang saya lihat, dengar..

Mengingatkan saya pada dia..

Tetiba amik tisu kesat air mata…

Tetiba juga rasa dada sesak sebab idung dah tersumbat…

Mencik…

*

Saya rasa saya dah buat keputusan yang terbaik..

Tinggalkan pujaan hati tanpa rasa menyesal pon..

Secara tak langsung juga

Keputusan itu meleburkan semua impian saya

Impian perkahwinan saya..

Dan semuanya..

*

Dan lepas tu..

Baru saya nampak

Semua kekurangan pujaan hati saya

Yang selama ni selalu saya deny..

Sebab saya terlalu sayangkan dia..

*

Tapi saya tahu

Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya

Mungkin lepas ni Allah nak bagi saya yang lebih baik

Pujuk diri sendiri

*

Tapi sesekali..

Memori pujaan hati datang..

Bak kata Aliyah – tak mungkin kerana sayang

Hanya kadang2 aku terkenang

*

Saya tak mengharap untuk pujaan hati

Kembali pada saya..

Hati saya dah kebas untuk dia..

Yang pasti saya bahagia tanpa dia

Dan biasakan diri untuk hidup tanpa dia..

Belajar untuk menghargai diri saya lebih dari orang lain

Walaupon dulu saya tak boleh bayangkan

Life without pujaan hati

Dear pujaan hati..

Semoga awak jumpa apa yang awak cari..

Try carik gambar pujaan hati..

Satu pon takde..

Pelik…

*

PS:

Cinta baru mula mengetuk pintu hati..

Tapi saya takut kecewa lagi…

Pic source: Google.com

 

Sunday, December 12, 2010

Giveaway mama kembar 3

Thanks kat Cheqppjoy..

Sudi invite nak join giveaway Mama kembar 3 nie..

Saje nak try luck..

Walaupon seumur hidup tak penah menang..


Korang pon, sudi2 lah join..
Support sesama blogger..

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.

2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! - done

3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets". followed

4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya. - yeaaa

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni dan maklumkan pada diorang yer.

6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.

7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.

8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011


More info, berminat..??

Klik pada link di atas..

Cute telekung tajaan  Itsy Bitsy Secrets tu...senang nak bawak ke mana2..

Takde alasan tak boleh solat sebab telekung takde...

Huahuahuaaaaa.......

Nak cukupkan syarat, meh kite tag...

Haraj the souq

Orang kata..

Kalau nak belajar budaya sesuatu tempat

Lihat pada pasarnya..

Sebab kat sana, macam2 boleh jumpa..

Kalau kat sini….

Salah satu pasar yang glamer

Haraj laaa..

Let’s go to the souq named Haraj..

 

Honestly, aku bukan jenis orang yang suka pegi pasar..

Apart from being smelly, and dirty..panas..becak..

Ramai2 orang, bersesak2 buat aku rimas..

Sound cam berlagak and bajet bagus di situ..

Soping komplek lain cerita..

Ada ekon..sejuk banyak..

Nak berkhemah kat soping komplek pon best..

 

Dats is the reason ngape aku lebih suka pegi pasar malam..

Beli makanan siap..

Malam sejuk..tak becak kecuali hujan..

Chow Kit…hurm…

Dulu masa sekolah suka laa..

Sebab nak makan bihun sup pak ngah kat sana..

Hujan lebat pon sanggup redah..

Aagak2 bihun sup Pak Ngah tu ade lagi tak yek..??

 

Back to Haraj..

Lebih kurang macam Nilai 3 jugak

Cuma takde kedai jual barang pengantin..

Tapi jual baju pengantin jual camtu ajer..

Second hand…

DSC00791

Nasib baik takde kedai gubahan hantaran, bunga telur

Kalau ade…

Nak kawin kat sini lah Takde aper...

 

Karpet, langsir, comforter..

Periuk belanga, pinggan mangkuk..

Mak ayah aje yang takde

Semua cantik2 dan agak murah..

Design dahsyat dan memang arabian habis

dengan bling2 dan jurai2..

Nasib baik jauh dari umah..

Jangan kata nak bawak balik Malaysia

Nak bawak balik umah pon belum tentu sanggup..

DSC00792

Haraj juga sangat besar..

Kalau dah sampai..

Jalan berjangkit2..

Mau sesat..

 

Memang sesat pon..

Sampai gelap tak jumpe bas..

Tak pasal balik naik cab biasa…

Tapi jangan cakap ngan sesape taw..

Malu..

Sesat kat Haraj..

Tobat serik pegi Haraj kalau setakat nak jalan2..

Saturday, December 11, 2010

Ting tong…

Bukan takde masa..

Tapi takde mood nak menulis..

Tu je nak updet…

Tuesday, November 30, 2010

Updet Umrah 2

11102010

Cerita lama sebenarnya

Cuma baru hari ni berkesempatan nak letak..

Kali ni pergi dengan tak dirancang..

Habis aje keje..

Tetiba hati rasa cam rindu pada

Masjidil Haram..

 

Syukur Ya Allah..

Kau beri aku kesempatan untuk sujud di rumahMu..

Kau ampunkanlah segala dosa2ku, dosa2 kami semua..

Mode insaf sekejap…

 

So, memandangkan rancangan asal cuma nak solat aje

Takde niat pon nak perform umrah..

Jadi, takde laa niat umrah siap2 dari rumah..

Rasa nyesal pon ada..

Sampai kat Masjidil Haram, Solat Isya’ berjemaah baru siap

So solat sendiri aje laa jawabnya

Sambil beriktikaf, rehat2..

Masa tu pekerja masjid dah mula

Gulung2 karpet..

Lagi tak paham, die nak suh pindah lah tu..

 

Perform tawaf sunat

Masa tu pon, jemaah haji dah mula ramai

Agak perlahan tapi smooth laa jugak masa tawaf tu..

DSC00711

Multazam..

Antara tempat yang dikatakan mustajab untuk berdoa..

DSC00712

Masa ni plak..

Pekerja2 sedang membersihkan masjidil haram..

Laju je derang ni wat keje..

Berdesup desap dah siap..

Kering aje lantai..

Terpikir, banyak pahala dapat bersihkan rumah Allah nie..

DSC00710

Makkah Tower waktu malam..

Masa ni tinggal sket aje lagi nak siap..

 

Malam tu tido kat Masjidil Haram..

Tido2 ayam tak boleh tido sangat sebab

sebelum tu dah kena teh tarik kaw2 kat restoran saji Felda..

Dah mata terbuntang tak mau tido,

Duduklaa termenung kat tangga

Betul2 mengadap kaabah..

Tenangnya jiwa masa tu..

Walaupun pukul 2 pagi, tetap ada dan ramai lagi

Orang yang tawaf

Cuba laa jugak menyelit2 nak cium Hajarul Aswad..ikut flow…

Alhamdulillah sampai akhirnya..

Tapi elok pas subuh, tergolek tido..

 

Alang2 dah sampai mekah kan..

Rasa rugi plak tak pegi Umrah..

So kena keluar dari Tanah Haram untuk miqat di Tanaem

Ambik bas kat luar masjid

SR2 untuk ke Tanaem untuk bermiqat..

DSC00723

Masjid Tanaem..

Perhatikan ada objek comel disitu..

Dari Tanaem ke Haram tak jauh

Cuma dalam 15 min saja..

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan..

DSC00731

Bukit Safa, permulaan untuk Saie..

DSC00733

Makkah Tower siang hari..

DSC00735

Eh nie aper plak nie..??

Dah siap2 tawaf kat dalam

Sambung tawaf kat sini plak..

Kua dari pintu masjid, straight masuk Abraj..

Soping…

Kelassss soping ngan telekung..

Tengok2 aje..tak beli ape pon..

Nasib baik bukan dalam ihram..

Dosaaaa…..

Monday, November 29, 2010

Rambut oh rambut

Sejak2 nie kan..

Cam perasan jer..

Rambut jadik makin kering..

Hujung rambut bercabang macam penyapu lidi

 

Kawan2 kata tu normal sebab

Air kat sini air keras..

Keras…??

Mineral sodium die agak tinggi..

Hmmm patutlaaa..

Bila syampu rambut..

Picit banyak mana pon..

Nan hadoo buehnyer..

 

Potong rambut..??

Elok jugak tu..

G pon dah lama tak simpan rambut pendek..

Tapi kos nak potong rambut untuk pompuan kat sini

Teramatlaa berdentum mahalnya..

Paling tidak pon

Terpaksa laa mintak bantuan kawan2

Tu pon hasilnya belum tentu mengkonvinskan..

Uhuhuuuuu…

Jadik bahan eksperimen ader laaa..

 

Kalau potong rambut pendek mesti comel kan….

Macam nie…

image

Tapi kalau simpan terus rambut panjang

Pon comel dan ayu jugak..

Eh…tetiba tertukar pikiran lak..

Sayang pulak nak potong bila rambut dah panjang

Lagi2 bila tengok gambar nie..

image

Cantiknya rambut Umi Nazeera..

Dengar kata ajer..

 

Tengok rambut aje..

Jangan tengok benda lain…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...