Friday, December 17, 2010

Trip to Madinah 3

Harap2 kali ni tak tersepak kabel lagi…

Hahahaaaaa…

 

Hari keesokannya..

Dah plan nak g ziarah..

Terima kasih laa kat Ustaz Aziz

Yang sudi melayan karenah koya saya..

Maklumlaaa festaim kan…

 

Ziarah seawal pagi

Dengan sejuk2 nyaman cuaca..

Kitorang ziarah Masjid Quba dulu..

Masjid Quba merupakan masjid yang pertama

didirikan Rasullullah ketika mula2 sampai ke Madinah

Masjid ini didirikan atas dasar takwa umat Islam ketika itu

DSC00821

Nabi pernah bersabda..

Sesiapa yang melakukan solat di Masjid Quba

Pahalanya sama seperti melakukan umrah

Maklumlaa dulu2 tempoh perjalanan dari Madinah ke Makkah

Mengambil masa lebih kurang 14 hari naik unta dan berjalan kaki

 

Pastu jejak kami teruskan ke Jabal Uhud

Shaydu dan sebak melihat Jabal Uhud

DSC00829

Bukit kat belakang saya tu ialah Jabal Rahmah

Bukan yang kat Mekah tu ye..

Ni yang kat Uhud..

Nampak kecik aje tapi

Agak tinggi sebenarnya..

Tak larat nak naik..

 

Jabal Rahmah ni ialah tempat di mana

tentera pemanah berada..tapi

Akibat tamak melihat harta rampasan perang,

Mereka lupa pesan Rasullullah supaya

jangan tinggalkan bukit tersebut tanpa arahan baginda

Menyebabkan tentera Islam kalah dalam peperangan tersebut

DSC00826

Kawasan makam para syuhada Uhud..

Salah satu darinya adalah makam Hamzah

Kata Ustaz Aziz lagi,

makam ni telah dialih kedudukannya selepas Uhud

ditimpa banjir beberapa tahun yang lepas

Dan, air banjir itu masih berwarna kemerahan

--> Mayat orang yang mati syahid tak kan reput..Subhanallah

DSC00830

Jabal Uhud

Ketika mayat para syuhada nak dibawa balik untuk

dimakamkan di perkuburan Albaqi

Bukit Uhud terangkat sekali

Bersedih dan nak ikut sekali bersama para syuhada

Dan akhirnya, sebab tu para syuhada dimakamkan di Uhud..

Dan di syurga kelak

Satu2nya bukit yang ada di dunia dan ada di syurga ialah Uhud..

Kalau tengok warna Bukit Uhud pon berwarna kemerahan..

 

Memandangkan hari Jumaat nak berkejar untuk solat Jumaat

Kitorang singgah lalu ke Masjid Qiblatain..

DSC00839

Masjid di mana Rasullulah menukar arah kiblat

Ketika sedang bersolat Zuhur rakaat ketiga

Sesuai dengan perintah Allah untuk

memaling ke arah yang baginda suka

Beliau memaling arah kiblat yang asalnya ke Masjid Aqsa

ke Kaabah kerana sebelum ni beliau asyik ditertawakan oleh

orang Yahudi kerana berkiblatkan kiblat yang sama dengan mereka

Sampailaa ke hari ni

Kita solat berkiblatkan Kaabah

 

Rasa seronok dapat menjejak sejarah di Madinah

Insyaallah lain kali ada rezeki

Mau ke sini lagi…

3 comments:

fika79 said...

bestnya!!!!!jeles 1juta kali...heheh...i pun teringin nak keje kat mekah or saudi..nanti klu universiti utk perempuan dah buka, nak try apply..sbb i engineering..huhu..

Nashays said...

u're most welkam...hehe..skg tgh winter..sejuk ajer...leh kite soping sesamer...

afendi ariff said...

shooping je keje ko ye...
heh!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...