Tuesday, January 18, 2011

Which stone are you..?

Roadside stone,
Stone head
Rolling stone..
I found this from here..


By her who in January was born
No gem save garnets shall be worn
They will ensure her constancy
True friendship and fidelity...


The February born shall find
Sincerity and peace of mind,
Freedom from passion and from care,
If they, the amethyst will wear...

By her who in March was born
No gem save bloodstone shall be worn
They will ensure her constancy
True friendship and fidelity...

She who from April dates her years,
diamonds shall wear,
lest bitter tears
For vain repentance flow...

Who first beholds the light of day
In spring's sweet, flower month of May
And wears an emerald all her life
Shall be a loved and a loving wife...

By her who in June was born
No gem save pearls shall be worn
They will ensure her constancy
True friendship and fidelity.

The gleaming ruby should adorn,
All those who in July are born,
For thus they'll be exempt and free,
From lover's doubts and anxiety.


Wear a peridot or for thee,
No conjugal fidelity,
The August born without this stone,
`Tis said, must live unloved; alone.

A maiden born when autumn leaves
Are rustling in September's breeze,
A sapphire on her brow should bind;
To bring her joy and peace of mind.

October's child is born for woe,
And life's vicissitudes must know,
But lay an opal on her breast,
And hope will lull those woes to rest..

Who first comes to this world below
In dreary November's fog and snow,
Should prize the topaz amber hue,
Emblem of friends and lovers true..

If cold December gave you birth
The month of snow and ice and mirth
Place on your hand a turquoise blue;
Success will bless whate'er you do..


So, which stone are you..
In love with my new aquamarine... :)
But, I am peridot..


My kontot2 gebu fingers
Holding my stokin busok after Tawaf Wida
In front of Masjidil Haram
King Abd Aziz Gate.. :)

Monday, January 17, 2011

Ubat hati

Terpesona dengan alunan nasyid ini

Sudah lama tak mendengarnya..

Versi melayu – Opick..

Ubat hati

  1. Baca Al quran dan fahami maknanya
  2. Mendirikan solat malam
  3. Berkumpul dengan orang soleh
  4. Banyakkan puasa
  5. Panjangkan zikir malam

Liriknya diambil dari hadith Rasulullah s.a.w

Dan dijadikan bait puisi oleh Saidina Ali r.a

Moga Allah mencukupi keperluan kita....

I am gonna miss all these..

Do you think so..?

Lagi 3 hari..

Mau kembali ke tanahair..

Rindu pada hujan batu di negeri sendiri..

Setelah hampir 4 bulan bermandikan hujan berlian..

Tiru kata-kata pujangga hmins :)

DSC00911

Laluan shortcut pergi balik dari tempat kerja

Lupa plak skang pergi keje naik bas.. 

DSC00910

Di tepian sawah parking kete

Kadang-kadang siap sand storm

DSC00913

Di celah sungai becak kawasan construction

Mencelakan pump Charles and Keith

DSC00915

Tapi udaranya sungguh menyegarkan…

Lihat bukit di sana..

Hijau ajer bila winter tiba..

Angin giler besttttt…

Lepas winter sok..

Alamat panas laaa balik..

DSC00914 

Sunday, January 16, 2011

Sesuka die aje kat mana nak taruk

Agak beremosi pula entri hari ni..


Klu nak cerita pasal peel orang sakit
Memang tak cukup satu hari satu malam
Macam-macam..
Sakit ati pon ader..
Kadang-kadang bila difikirkan kembali
Macam kelakar pun ada..
Haiiii laaa karenah orang sakit..


Cerita nak pasang cannula pada
orang sakit yang banyak cekadak
Vein kemain halus
Bayang-bayang lak tu..
Korang pon..
Dah cucuk terai orang tu 2 3 kali
Tak dapat baru nak panggil aku kan..
Bertuah betul..


Yang nak kena cucuk ni plak 
Punya banyak cekadak demanding
Kat sini sakit
Kat sini tak nak..
Ni sape yang nak kena cucuk skang nie..


Nak masukkan kan branula nie..
Branula seperti yang dipegang dari pic google
Kalau nak kurang sakit 
Vein tu biarlah besar lumennya, straight, bouncy blablabla..
Letak pada kawasan dorsum of the hand..



Bukan pada joint..
Selesa bila nak bergerak
Nak masuk IV Fluid, ubat bagai..
Tahan laa lama..
Takde laa keje nak tukar sehari sekali..
Kurang-kurang lepas 3 hari baru tukar baru..


Ini tidak..
Kita pulak nak kena cakap ikut die
Nak kat lengan macam ni..


Udah laa vein kat situ kecik
Dalam plak tu..
Bukan ke sakit..


Orang cakap takmo dengar..
Suka hati kau laaa..
Kalau tissued, esok kita masuk yang baru ye..

Saturday, January 15, 2011

Itu atau ini..

Mende alah nie..

DSC00905

Iye.. tangga..

Guna:

Untuk capai benda dari kabinet yang tinggi..

 

Tapi saya dapati..

Tangga ini sangat berguna..

Membantu saya berdiri dengan lebih tinggi lagi..

Supaya saya tak perlu mendongak

Bila mengajar… :P

Raudhah..taman syurga

Pengalaman mengunjungi Madinah untuk kali kedua
Sangat menenangkan
Sukar digambar dengan kata-kata
Lantaran sebelum ni berkunjung dengan sedikit kekangan


Kali ni peluang tak dilepaskan
Alhamdulillah diberi rezeki solat berjemaah di Masjid Nabawi
Dan yang paling penting
Berpeluang bersolat di Raudhah, salah satu dari Taman Syurga
Dan mengunjungi makan Rasullullah saw dan sahabat Abu Bakar dan Umar..
Dapat menunaikan solat sunat dan beriktikaf di kawasan Raudhah
Berdoa, memohon keampunan Allah atas dosa2 yang dilakukan
secara sengaja atau tidak..


Rasa kagum pada peribadi Rasullullah
Bibir tak henti berselawat ke atas baginda..
Tak tahu dari mana wujudnya rasa sayu dan sayangnya terhadap kekasih Allah
Air mata laju membasahi pipi saat berdoa di depan makam baginda..
Lagi syahdu saat membaca wada untuk Rasullullah..


Terharu pada kesetiaan sahabat bernama Abu Bakar, Umar..
Dalam hati bertanya..
Mampukah aku menjadi sahabat kepada teman-temanku
Sebagaimana Abu Bakar dan Umar
Yang sentiasa bersama Rasullullah
dalam susah dan senang sebagai sahabat..


Pemeriksaan agak ketat di pintu masuk masjid
Kamera, henfon dengan kamera memang tak dibenarkan dibawa masuk
Tak dapat nak sertakan bukti bergambar yang ekslusif..
Tapi sesungguhnya aku kagum dengan seni ukiran
dan architechture masjid Nabawi..
Dari bumbung, payung, lampu, tiang
Masyaallah, Tabarakallah...


Dengan cuaca musim sejuk
Nyaman dan selesa mahu berziarah
Ke Quba dan Jabal Uhud lagi..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...


Semoga Allah mendengar dan menerima doa dan ratapanku..
Semoga Rasullullah mendengar salam ku
Dan salam yang dititipkan dari keluarga dan kawan-kawan..
Supaya semua kita mendapat kebaikan di dunia da akhirat..

Raudhah dari Google

Monday, January 10, 2011

Bell pepper, capsicum, lada benggala..Whatever

Seme orang sibuk citer pasal AJL
Aku tak tahu menahu pon
Hatta ade online aku tak layan
Sebab line internet 2 3 hari ni
Macam siput vavi..
Haram..


Yang pasti skang aku ngah concern benda yang aku makan


Semalam lunch kat subway
Orang belanja
Masa tengah pilih2 salad
Bagitau kat bangla tu
Mau capsicum
Dia macam terpinga2...


Nasib baik ada rakan sekampung bagitau bangla tu
Aku mahu bell pepper
Owh rupanya dia tak faham capsicum tu apa
Sebab kat sini panggil bell pepper...
Whatever..
Kang aku cakap lada benggala kang
Lagi die kecik ati..


Ape ntah skang fefeling ske naa makan capsicum
Takde rasa spesel pon tapi die crunchy
Owh aku memang suka benda2 yang crunchy neh..


Balik umah godak2 peti ais
Jumpa 3 bijik kaler ijau, merah, kuning

Potong2..
Rebus benda kuning halus (spageti) dalam piyok
Tumiskan ngan garlic n ayam
Siap spageti aglio olio..
Jangan tanya gambar..
Lapau balik keje x sempat nak snap..


Tu jer ai reti masak
Esok kawin pon makan laa aglio olio hari2..
Yang penting sihat..
Masak ngan extra virgin olive oil..
Owh lupe orang Italy memang makan spageti..
Mau info lebih pasal bell pepper boleh refer kat sini..


Picca dari google..

I need ubat kuros now

Benci dengan penimbang..
Dia selalu menipu saya..


Seriously..
Sesuatu perlu dilakukan
Untuk mengelakkan menjadi lebih berat..
Body sudah tidak fit seperti dulu
Saya benci life style saya
Makan tidur soping


Saya selalu mengatakan saya tidak punya masa untuk fitness
Padahal saya hanya mau tidur bila berpulangan dari kerja
Juga malas untuk menziarah gym..
Nak berenang, cuaca sekarang macam terlalu sejuk..


Saya hanya rajin untuk makan
Makan dalam portion yang banyak..
Kadang2..


Apakah kandungan sodium yang tinggi dalam air
Menyebabkan saya mengalami retensi cecair..


Saya mahu bermuhasabah sekarang
Menilai apa yang saya makan..
Dan tahap aktiviti yang saya lakukan..


Saya rasa kena menonton
The biggest loser atau Huge
Motivasi untuk diri sendiri..


Alasan untuk tidak mahu menerima kenyataan
Tapi percayalahhh
Pelan2 penimbang itu mula menunjukkan
Kenaikan..
Mencikkkk



Jangan sampai jadik seperti gambar di atas..
Ihsan dari Google

Sunday, January 9, 2011

Monolog

Keje banyak..
Stress..
Tetiba teringat Queen of my heart
Yang jauh di mata
Saya rindukan dia..


Padahal baru semalam telefon dia
Saja2 borak dengan dia..


Saya call dia..
Walaupun saya sedang bekerja..
Sebab tetiba hati saya teramat rindukan dia


Queen jadik pelik 
Apsal saya telefon bukan pada waktu biasa
Saya jawab..
Saja tepon..takde sebab apa pon...


Saya pelik...
Sebenarnya saya sangat rindukan dia..
Nak sangat dengar suara dia
Bila saya dengar suaranya
Hati gelisah pon jadik tenang jer...


Saya tak tahu
Kenapa susah sangat nak bagitau..
Yang saya tetiba rindukan dia..


* Menulis entri dengan linangan air mata..



Saturday, January 8, 2011

Hari duka yang gumbira

Macam tajuk kartun Shin Chan plak..

Tapi tu laaa yang berlaku..

 

Patutnya hari ni aku ade appointment ngan dentist

Untuk buat dental filling

Maklum laa nak buat 9 lubang

Tapi ajakan soping tu lagi kuat..

Abaikan sesi deting ngan dentist

End up dengan hari bersoping yang gumbira..

 

Hasil kenselan berdeting ngan dentist..

Snapshot002

Ada Gap : atas dan bawah

Cik Blekberi di tangan

Fendi di mata..

Dan aku masih senyum dengan gigi yang sama..

:D

 

Dear dentist,

Lain kali kite fix appointment lain yer…

Thursday, January 6, 2011

Dalam hati ada taman..

Lokasi: tengah2 kat spital

Ada juga subway di situ..

Banyak bangku untuk duduk

Bukan untuk berdeting

Tak penah di buat orang Arab

Duduk berdua-duaan di sini..

 

Boleh juga berfungsi sebagai

Tempat mengular berehat, menghirup udara segar

Sambil layan secawan kopi Barnie’s

 

Tapi udara takde segar sangat

Sebab dah jadik tempat orang (kedue-due jantina)

Merokok di situ…

Agaknya die tak faham signage ni untuk ape..

DSC00908

Tak pun memang tak reti bace..

Abaikan pokok kurma itu..

Tak sopan merokok di hospital..

 

Ada plak yang suka sun bathing di sini

Pakai baju yer…

Sampai merah dibuatnya..

DSC00907

Eh!! ada makhluk comel dengan lab coat putih

Berseket kembang di situ..

Sambil melayan petunia yang cantik

DSC00909

Sangat best..

Suasana winter selepas hujan..

 

P/S: Dalam spital takle amik gambar juge sebenarnya…

Sape yang tak reti bace skang….Ahhaaaaa… :)

Wednesday, January 5, 2011

Yang mana satu...

Geram tau kengkadang
Nak melayan napsu amarah nie..
Pantang ada benda baru keluar
Atau orang ader kite takde..
Mesti nak jugak,
Teringat manjang..
Tak senang duduk dibuatnya..
Tak dapat beli yang sama
Dapat yang lagi baik dari dia pon jadik lah!!!
Keji....


Mau ini


atau...

samsung-galaxy-tab
Ini...???

Yang mana satu
Idaman kalbu...
Lalalaaaa...


Penat otak neh
Nak baca review satu2..

Sunday, January 2, 2011

Mungkin masanya sudah tiba

Since dah go international..
Ada orang cadangkan
Untuk aku menulis dalam bahasa international..
Supaya lagi ramai orang yang boleh membaca..


Tapi pada aku..
Lagi baik menulis dalam bahasa yang aku selesa
Yang lagi mudah untuk aku curhat
Lagi senang untuk aku bercerita bila aku tak puas hati..


Zaman sekarang 
Walaupun ada kemudahan untuk menulis..
Bukan semua boleh diluahkan..
Kena tapis2 la jugak..
Kata aje kebebasan menulis..
Baik jadik macam orang dulu2
Lukis dalam gua..
Sekurang2nya lepas berzaman
ada jugak orang nak appreciate


Lagi pun bila aku menulis dalam bahasa yang lagi satu tu..
bunyi nya macam ayat kanak2 laa pulak..
Sadar diri..
Aku amik sains jururawat
Bukan TESL..
Yang aku boleh buat ayat bunga2
Ayat aku semua stretudepoint
Pendek pendek tapi ringkas
Tapi saya terer baca tulisan doktor yang serabut dan buruk tawwwww


Hahahaaaa...
Yang penting
Jangan lupa tulis nama
dan no ID..
Masih tak puas hati nampak... :)

Tugas mencabar di tahun baru

Lahir tahun 1951
Congak sekarang berapa umurnya..
Sudah patut bersara
Baik duk umah aje...
Banyak kan taubat, main2 dengan cucu ke


Ini tak..
Masih ada hati mau belek pasakit lagi..
Berjaga untuk keje malam..
Melayan karenah pesakit keluarga pesakit, doktor yang pelik2


Minggu lepas masa orentasi..
Macam2 cerita dah keluar..
Bila tanya ada kontek family kat rumah tak..
Dah...
Ada makanan kat umah tak..?
Ada katanya..
Abis concern dah tu..


Sekali orang lain yang tanya
Tak contact keluarga lagi
Itu ini semua tak puas hati..
Banyak pulak yang tak kena


Minggu depan nenek sudah mula masuk ward
Hari tu ajar Quadramed documention dia sudah mabuk..
Mabuk aje tak pe..
Siap back off keluar kelas
Alasan otak tak boleh terima..


Hari ni mail box saya
Bertalu talu masuk cerita pasal dia
Buat itu dan ini
Siapkan itu dan ini...


Esok kita tunggu siapa yang akan pening
Saya atau dia..

Cerita seorang beach tempat saya

Saya sungguh tak faham..

Kenapa dalam dunia nie

Ada manusia yang suka

Menyusahkan hidup orang lain..

Padahal orang tu

Tak kacau pun dia…

 

Sehabis usaha saya cuba

Untuk tidak cari pasal dengan orang lain

Nasihat kawan2 untuk berhati2 saya cuba dengar

Nasib baik saya tak deal direct dengan si beach nie

Kita panggil dia beach okeh..

Sesuai..

Anoreksik yang kerenteng yang tak lawa sungguh!!!

Perangai macam b&*ch beach sungguh

Marah nie..

 

Kisahnya dari minggu lepas

Report saya sudah siap

Cuma menunggu tuan yang di report untuk menandatangani

In fact saya sudah bagitau beach yang report saya sudah siap

Tapi beach tetap hantar email pada cik boss tanyakan pasal report saya

Okeh..akhirnya saya tinggalkan report saya pada unit manager untuk ditandatangan oleh empunya badan

Trimas pada unit manager yang tolong saya hantarkan sekali..

 

Hari ini

Beach terserempak saya dan si unit manager

Beach di depan saya berkata kepada unit manager

Bagitau dia lain kali jangan lupa tulis nama pada setiap kertas…

Saya ada di depan ni..

Ingat ni anak patung tunggul comel ke..

Apsal tak cakap direct dengan saya

 

Oh, tak mungkin saya diam saja..

Mesti nak membalas..

Salah orang laa nak kira2

Saya jawab….

Oh, takde ruang untuk tulis nama pun

Ni kan untuk tandatangan saja..

So, saya tandatangan je lah..

 

Beach menjawab tak puas hati…

Oh, pakai common sense laaa (cakap melayu ape haaaa..?)

Sapa tau ni tandatangan siapa..

Celakanya beach nie..

Sengaja carik pasal..

 

Mau saja saya menjawab balik

Owh ramai kah orang yang buat report ni kat unit..

Tapi memandangkan saya dididik untuk tidak berkurang ajar

Pada orang yang lebih tua daripada saya…

 

Owh beach..

Patut laa ramai orang tak suka ko

Melainkan orang yang suka mengampu dan di ampu oleh ko..

Patut orang panggil ko b*&ch

Suka kacau kerja orang lain..

Suka condenm orang lain..

 

Kawan saya kata..

Agaknya dia memang nak mencari kesalahan saya dalam report tu

Sebab tu, bila tak dapat

Lupa tulis nama pun boleh jadi isu…

 

Si beach nak bercuti..

Semoga kapal terbang dia terhempas dan

Beach di makan oleh ikan jaws

Tu pon kalau jaws sudi sebab

Beach takde isi…

Tak baik kan saya….

Saturday, January 1, 2011

1111

Pencapaian tahun 2010..

Kategori best…

Banyak jugak tapi paling ketara..

Berjaya tukar kerja..yeah…

Alhamdulillah..semoga yang baru lebih baik dari yang lama..

 

Kategori tak best, paling ketara..*sayu :(

Pelamin anganku musnah..

No further explanation required.

 

Sempena tahun baru, nak review balik azam lama..

Rasa nya continue ajer laa azam yang sama

Sambil muhasabah diri, untuk improve

Untuk jadi yang lebih baik dari yang terbaik..

Ngeh..ngeh..ngeh…

 

Kategori misi penting: nak kawin (seperti tahun2 sudah)

Jangan tanya bila dan dengan siapa..

Kitorang tengah main sorok2 lagi nie…

 

Sambil2 tu jugak

Nak buang perangai buruk aku..

Takkan nak tunggu Fahrin Ahmad tegur kut..

  1. Suka skip makan, especially breakfast. Alasan: tak sempat. Sebab tak sempat, bangun lambat.
  2. Suka tangguh2 keje..dah due kang baru terkejar2 nak buat..haih!!! Nak kena spank nie
  3. Bila buat keje tak concentrete..Tend to make 2 3 things at the same time..at last, semua x siap
  4. Tido awal..jangan dok melayan internet ajer malam2..pastu menangis bila nak bangun pagi..

Mula dari yang sedikit, try improve dari hari ke hari..

Nak tambah azam tahun nie..

  1. Kena keje kuat, untuk berjaya..saya tahu memang saya kena keje kuat
  2. Buat baik dengan semua orang. Selama ni bukan tak baik, nak jadi lagi baik, tak cepat buruk sangka, paranoid..
  3. Di samping azam yang sebelum nie, nak makan sayur banyak2

Selamat menyambut tahun baru blogga fella..

2011…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...