Pengalaman mengunjungi Madinah untuk kali kedua
Sangat menenangkan
Sukar digambar dengan kata-kata
Lantaran sebelum ni berkunjung dengan sedikit kekangan
Kali ni peluang tak dilepaskan
Alhamdulillah diberi rezeki solat berjemaah di Masjid Nabawi
Dan yang paling penting
Berpeluang bersolat di Raudhah, salah satu dari Taman Syurga
Dan mengunjungi makan Rasullullah saw dan sahabat Abu Bakar dan Umar..
Dapat menunaikan solat sunat dan beriktikaf di kawasan Raudhah
Berdoa, memohon keampunan Allah atas dosa2 yang dilakukan
secara sengaja atau tidak..
Rasa kagum pada peribadi Rasullullah
Bibir tak henti berselawat ke atas baginda..
Tak tahu dari mana wujudnya rasa sayu dan sayangnya terhadap kekasih Allah
Air mata laju membasahi pipi saat berdoa di depan makam baginda..
Lagi syahdu saat membaca wada untuk Rasullullah..
Terharu pada kesetiaan sahabat bernama Abu Bakar, Umar..
Dalam hati bertanya..
Mampukah aku menjadi sahabat kepada teman-temanku
Sebagaimana Abu Bakar dan Umar
Yang sentiasa bersama Rasullullah
dalam susah dan senang sebagai sahabat..
Pemeriksaan agak ketat di pintu masuk masjid
Kamera, henfon dengan kamera memang tak dibenarkan dibawa masuk
Tak dapat nak sertakan bukti bergambar yang ekslusif..
Tapi sesungguhnya aku kagum dengan seni ukiran
dan architechture masjid Nabawi..
Dari bumbung, payung, lampu, tiang
Masyaallah, Tabarakallah...
Dengan cuaca musim sejuk
Nyaman dan selesa mahu berziarah
Ke Quba dan Jabal Uhud lagi..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...
Semoga Allah mendengar dan menerima doa dan ratapanku..
Semoga Rasullullah mendengar salam ku
Dan salam yang dititipkan dari keluarga dan kawan-kawan..
Supaya semua kita mendapat kebaikan di dunia da akhirat..
Raudhah dari Google
16 hours ago
3 comments:
Salam Nashays,
Bertuah sgt N dijemput Nyer ke MN..solat n doa di Raudhah Tmn Syurga!!!,ziarah Nabi SAW dan sahabat yg dijamin tempat di syurga.
Ganjaranya 1K melainkan MH 10K..wow
ni..la hujan depa dok kata..hujan batu belian di tempat orang. hehehe.Tahniah..
betul tu hmins..alhamdulillah dipermudahkan semuanya..tgh orang x ramai ni kite pon mengambil kesempatan laa.. :)
haih..sedeh weh aku bace..huk3..
Post a Comment