Saturday, March 27, 2010

Aku juga sayangkan BUMI

Earth hour datang lagi…
Tutup lampu dari pukul 2030 sampai 2130 malam ni..
Bantu selamatkan bumi..
Kurangkan global warming…
And carbon emission…

Seperti tahun lepas..
Aku selebret earth hour dengan cara aku sendiri..
Ajak kawan2 pegi PD..
Dan berborak dengan cara kami sendiri
Sambil makan steamboat n grill..

Aku daftar dengan WWF untuk sokong earth hour tersebut
Malangnya, beberapa hari lepas kempen tu
Orang WWF sibuk call aku mintak sumbangan lebih kurang RM30 untuk tujuan conservation
Which is bagi aku too much sebab
aku kedekut
rm30 aku bleh beli tshirt selaiiii
bagi aku bila aku nak memberi sumbangan ia perlu datang dari hari suci, ikhlas, MURNI perlu capslock untuk menunjukkan kasih sayang pada tempat bekerja bukan dengan cara macam tu
Dan sampai sekarang WWF tak berani call aku
Mesti orang WWF bajet aku kedekut

Malam earth hour tu
Kitorang check in kat satu hotel kat Tanjung Tuan PD
Tapi hotel tu
Tak tutup lampu pon kat tempat makan..
Katanya nanti takde orang datang
So..
Aku rasa ms tu kempen tu tak cukup berjaya lagi..
Dan aku agak kecewa
Sebab aku rasa
Aku tak contribute sesuatu untuk bumi

Tapi..
Bila difikirkan kembali..
Untuk kita berbakti pada bumi
Bukannya hanya satu jam, setahun sekali
Atau pada hari2 tertentu
Hari2 kita kena ingatkan diri untuk
melestarikan alam yang kita duduki
untuk jadikan bumi tempat yang paling selamat untuk dihuni

In fact, Allah sendiri mengingatkan kita supaya
Tidak melakukan kerosakan di muka bumi
Kita kecikkan maksud kerosakan itu kepada pencemaran alam sekitar
Kerosakan yang kita lakukan…
Buang sampah merata2, cemarkan alam sekitar..
Bawak kereta gunakam minyak petrol..
Tambah bilangan sampah dengan gunakan polistyren untuk bungkus makanan
You list what you want..
Tu belum masuk kilang2 gergasi
yang hari2 melepaskan karbon monoksida, buang sisa toksik ke sungai..
Hmmm..

Semasa peristiwa Israk Mikraj
Rasullullah saw telah dilihatkan seorang wanita tua yang bongkok dan bertongkat
Bila baginda bertanya siapa wanita tersebut,
Dijawab malaikat bahawa itu adalah bumi..
Itu semasa zaman Rasullullah ok
So, bayangkan hari ini..
Setelah beberapa dekad peristiwa berlaku..
Agaknya bagaimana uzurnya bumi pada hari ini jika sebelum ini pernah dilihatkan seperti wanita tua yang bongkok

Azam aku untuk menjaga bumi
  • Kurangkan bungkus makanan, makan kat kedai atau bawak tupperware sendiri..saiz ala2 yang boleh makan untuk 2 orang..Kongsi makan..boleh kawal serving makan sekali…
  • Kurangkan penggunaan kertas, recycle, tapi aku lihat penyediaan kertas soalan peperiksaan di kolej aku sungguh tak mesra alam..dan pagi tadi aku baru jual majalah, surat khabar lama untuk RM3 :)
  • Hantar memo gunakan emel…
  • Jalan kaki pegi kerja..owh itu tidak mungkin berlaku walaupon jarak rumah dan ofis ku hanya kurang dari 5 minit untuk sampai..
  • Kongsi kereta..ye ini terutama sekali apabila pegi lunch tengahari dengan kawan2
  • Bawak shopping bag sendiri, jgn gunakan beg plastik…Tapi kat beg plastik jusco tulis plastik die biodegradable…
  • Nak jadi duta alam sekitar macam Maya Karin…hmmmmm

Azam korang ape pulak?
Apa pun yang kita lakukan tujuan kita adalah sama walaupon kadang2 kita rasa benda tu agak rumit, renyah untuk dilakukan..
Tapi bila dah jadi kebiasaan kita akan rasa hebat sebenarnya kerana telah melakukan suruhan Allah untuk tidak melakukan kerosakan di muka bumi
Sama2lah kita menjaga bumi untuk generasi akan datang…
Ada sesapa yang tak sayang bumi ni ke?
Sila pindah ke planet Uranus….:P
earth
Malam ni jgn lupe…
Tengok konsert AF
Tutup lampu…

pic kredit to google image

8 comments:

Nyze 二ザ Crazee said...

Malam tu still ramai yg tak tutp lampu...
a little bit kecewa... T_____T

Nashays said...

hmmm mmg..tgk kl dr atas bukit permai mlm tu, takde la gelap mana pown...:P

Nyze 二ザ Crazee said...

ahakz2...
betul tu..
malam tu siap nak rakam lagi tp,
xjuga diorang tutup lampu...
hohohoho~~

Anak Perak said...

wah,panjang artikal earth hour. 2 la,ramai x der kesedaran. sy yg drive ni leh psg lampu suluh jer time drive.hik3

Nashays said...

nyze: pe lah susah sgt tutup lampu tu kan..at least duk dalam gelap muhasabah diri fikirkan ape jd bila bumi marah...ups..teremo laa plak

Anak perak: sana sini earth hour

Nyze 二ザ Crazee said...

yup2!
betul tu...
mungkin ade yg mengaanggap kempen ni tak relevant and tak membantu langsung...
fikiran manusia memang lain2...
@____@

Nashays said...

patut kempen ni buat hari2..baru leh capai target nak kurangkan global warming..amacam ada berani?:P

afendi ariff said...

sokong hari2...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...