Wednesday, May 27, 2009

Mentarang kat Kuala Perlis

Hari tu pegi makan-makan kat Kole Perlis. Actually dah selalu g makan kat sini n memang best...pemandangan pun cantik especially if you go during sunset..

P dalam banyak2 makanan yang paling aku teringat saat ini ialah sejenis makhluk yang dikenali sebagai mentarang..sedap x ingat dunia..masak tiga rasa, bila masuk mulut, gigit...terasa jus nyer dalam mulut...ampun....

Dah laa tu...rini kita cuci mata jer yer..gpun nak g kole perlis tu jauh sangat..kang tengok makanan2 ni kang mau kurang pahle pose aku...

opsss I pose tau rini...so jgn goda i....


Mentarang...macam kerang p beso..kira atok kerang laa nie..

Longgokkan kerang, kepah etc..semua keluarga moluskas untuk di ode...

Kalu g kole perlis, jgn lupa ode terung bakar ie..cicah ngn air asam memang mabeles..

Ikan siakap yang dah dibakar....yum yum...


Sekian, terima kasih....

Cendol sedap??

Wanna share the cozy place for cendol (a dessert made of glutinous flour, gravy made of milk or coconut milk).

It's Jo cendol at Pokok Sena, Kedah after exit thru Hutan Melintang to Arau.

Sedap sangat tu tak laa tapi ble laa hilangkan dahaga n penat lepas drive jejauh. According to my b0ss, at first this restaurant started with a small stall under the tree.

Ade banyak jenis cendol, ade yang special dengan pulut n aiskrim sekali. Oleh sebab aku x ske pulut so aku ode cendol ngn aiskrim jer..aiskrim durian tue...


Ni gambo lepas cendol digodak2...dapat jer x sempat nak amik gambo...dahaga sangat gamaknyer

Signboard leh nampak dari tepi jalan...leh laa singah klu nak g UUM ker, arau ker...

Tapi yang paling best kat sini ialah the cucur udang yang very crunchy dengan kuahnyer sekali...uh sedap..skang pon teringat lagi cucur udang tu...siap ade tohu lagi...huhuhu....

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari guru ke cikgu...

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.

Ismail Haji Adnan
1989
http://blog.azhad.com/2008/05/sajak-hari-guru.html

Dan hari ni aku pon dah bergelar guru jugak. Walaupon x pernah mimpi nak jadi guru n baru aku tau tugas guru tu bukan mudah. Hari ini aku amat puitis sekali dan syahdu dengan sajak Usman Awang...semoga aku terus gigih mendidik anak bangsa...huhu. Terima kaseh cikgu....

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979



Thursday, May 14, 2009

Malu bertanya sesat jalan

Teringat satu insiden masa first time pegi jengka dulu. Dari Kole Berang terus masuk LPT and kua kat Tol Maran. Sebelum tu kitorang dah siap main teka berapa harga tol agaknyer...

So ble dah sampai kat Jengka, nak cari laaa CIMB walaupon ms kat Maran dah nampak. Igtkan kat Jengka pon ader..dah pusing 2 3 kali kat bandar Jengka, Nik pon tanya ader 3 orang akak kat tepi jalan...

Sekali akak yang kat tengah tu jawab "kat cni xde CIMB". Dengan pelat2 akak tu jawab sebab kat depan gigi dier ader sumbat gauze. Aku agak akak tu baru lepas cabut gigi...yang kawan dier lagi 2 orang kat tepi tu tahan gelak jer dengar akak tu menjawab. Aku tahan...tahan..x baik gelakkan orang depan2

Elok lepas jer, bderai gelak 4 orang kat dalam van..dah xle nak tahan dah tgk akak tue. Walaupon gusi depan kena sumbat tetap gigih nak jawab soalan..hahhahaa

Yang pelik tu, nape laa kawan lagi 2 orang tu nak naya orang yg baru cabut gigi...sian ke dier...

Wednesday, May 13, 2009

Happy nurses's day

Patutnya aku kena wat posting ni semalam tp sebab busy dgn immigration, uniform measurement so aku delay posting untuk hari ni...

12 May setiap tahun ialah Hari Jururawat sedunia, bersamaan dengan tarikh lahir Florence Nightingale, founder of modern nursing practice. So, sampi hari ni sambutan ni akan diraikan oleh semua jururawat sedunia. Semalam pon ader celebration kat PWTC p aku x pegi laa bukan sebab aku xnak celebrate p aku rasa banyak lagi cara nak celebrate hari jururawat...

Masa keje kat hospital dulu, tiap kali nurses day mesti dapat hadiah dari pengurusan hospital. Dapat calculator untuk kira ubat, jam yang gantung kat dada (sila betulkan minda anda), mug beso, payung...macam2 laaa..tp skg dah jadi gururawat, rasa seronok bila anak2 murid wish n sebab hari jururawat jugaklaa aku bagi bebudak nie balik awal semalam...syyyy

Kek kat atas tu Maria n Suriana (x-student) yang bawak..sebab sekali nak amik result exam dier...kalu korang nak ader lagi kat pantry tu haa...tetau jer peberet cekgu dier..

So, to all nurses all over the world, friends, my students...Happy nurses's day.

Tuesday, May 12, 2009

Sesi membuat passport berkumpulan

Rombongan Cik Kiah g wat group passport rini sebab nak g visit kat Prince of Songkhla University punya pasal..x tau pulak rupanya kat Hentian Kajang tu ader Jabatan Imigresen..igtkan kat Metro Kajang tu...ooooo

Hari tu dah bagi dah gambo passport 2 keping n salinan ic. Oleh sebab dalam group tu aku nie macam ala2 spesel sket, ngn surat beranak skali aku kasik..

Rupenyer hari ni aku x bawak ic sebab purse aku tinggal kat umah..tu yang cuak semacam ble Nik mintak ori ic aku..huhu..sabor je laa kat diri aku nie..Jangan marah yer Nik!!!

Mgu depan masa nak collect passport aku kena datang lagi skali tunjuk ic..hahahhaha


Budak baju ijau tunggu turn nak bagi cap jari


Sesi meletakkan cap jari..

Camner camera leh bawak p purse x bawak..so aper yang ader dlm beg beso tu?? Kad jusco aderlaa...leh pakai x...;P

So lepas nie sesaper yang nak g obesea reramai leh laa wat group passport...RM 200 untuk 20 orang..kat Hentian Kajang lebih besar dari yang kat Metro Kajang p Metro tu x ramai orang. Bawak gambo passport 2 keping n salinan ic skali...

Monday, May 11, 2009

Cinderella mencari kasutnya

Jangan plak korang terpengaruh ngn citer Cinderella dongeng tue..yang tu Cinderella tertingal kasut n kemudian dijumpai oleh puteranya...

Cinderella ni plak terpatah kasut. Masa tengah syok2 mengajar tetiba Cinderella rasa macam berpijak pada lantai yang x rata..2 3 kali gak laaaa Cinderella tu tengok kat lantai..elok jer rata rupenyer tapak heel Cinderella dah patah semasa mengajar..

Agaknya, anak2 murid Cinderella yang nampak ms tu mesti nak tergelak p oleh sebab Cinderella ni ble tahan garangnya, ditahan2kan laaa gelak tu..x berani nak gelak lebih2..bersunguh betul Cinderella mengajar hari itu..dah tertempang tampang laa Cinderella balik ofis ari tu..

So sejak hari tu sampai laa semalam, Cinderella ni kejenye ronda shopping complex je laa...Dari Alamanda, ke Seremban 2, Seremban Parade, ke Taman Equine sampai ke MidValley n Garden sampai sudah Cinderella x ketemu kasut idamannya..

Bukan xde yang jual kasut, p x jumpe yang berkenan di kaki..seme macam ala2 jer..klu cantik n mahal bleh kagi Cinderella pejamkan sebelah mata. Ini dah laa x lawa, mahal lak tue..sungguh x berbaloi..

Cinderella akan terus mencari kasut idamannya yang ala2 Principal Tiara or kasut yang Isma pakai masa nyanyi lagu Bunga Citra Lestari minggu lepas...gitu...walaupun Cinderella terpaksa menunggu hingga megasale yang akan datang..Kelak bila Cinderella dah bertemu kasutnya itu, akan Cinderella tunjukkan kasutnya itu kepada satu dunia..Lihatlah dunia....

Saturday, May 9, 2009

Farewell to Siti Norhajaraesyah


Semalam, ader farewell to CT yang akan pindah ke KT..xde laa kawan aku nak keje sampai lewat malam pasni...all da best to u....

Mimpi semalam

Rentetan daripada tindakbalas amarah dan cucukan syaitan pada petang semalam...

Aku balik, mandi, stretch sket2 n tido...(xleh semayang plak kekdahnyer...) dan dalam tidur itu aku bermimpi...sila klasifikasikan mimpi ini setelah anda membacanya...

Dalam mimpi itu....

Aku, alang n zali pegi satu tempat...macam pegi roadshow sebab naik van BJC !#$&..kitorang lalu kat satu tempat tu yang ader jambatan yang sangat tinggi, nampak daripada jalan..kat bawah jambatan tu plak air sungai yang sangat deras...tiba-tiba...kitorang nampak claudia AF7 lalu kat jambatan tu n terjun ke sungai..bunuh diri kesnya..

Zali pon terjun dalam sungai tu untuk selamatkan Claudia yang dah hanyut kat dalam sungai tu p sampai sudah x jumpe. Memang hanyut laa tu dek air sungai yang deras...

Malamnyer plak, tengah raba-raba cari barang kat dalam van tetiba aku teraba kepala Claudia..kepala jer plak tue...aduyaiiiii tolong....aper lagi menjerit2 laaa kitorang bertiga dalam van tu..nasib baik Qhaud AF7 datang selamatkan kitorang...

itu jer...

dan skang aku rasa cam nak afundi masuk qhaud...hihi....

Friday, May 8, 2009

Panas sangat

Dah laa kat luar tu panas..ngn kat dalam nie skali panas...

Dah dua minggu aku dapat title pengerusi untuk minggu Orentasi 13/ 2009....tentatif dah plan cantik...memuaskan hati semua orang dan mengambilkira budak2 lain n cikgu cikgi yang ader kat kolej nie..

Alih2 semalam boss panggil sebab CEO sudah suruh tukar itu program...ape ke nama orentasi tanpa aktiviti malam...walhal aku dah plan malam tu nak wat program2 keinsafan, nak taruk budak2 tu cukup2 supaya x menyusahkan cikgu cikgi kendian hari...abih lebur punah harapan..p apakan daya..aku hanya serangga...takkan aku nak quiry nape CEO wat camtu..

Kang xpasal aku dikata melangkah sempadan dan tak tahu chain of command..pulak...x skolah kew..??

Patut dah tukar program, org yang sepatutnya edit balik program tu plak x buat lagi..so patut tak aku mengamuk smlm...sampai x semangat nak poco2 smlm...%$^&%*&^(*^&(

So sebelum aku maki semua orang baiklaa aku balik umah dan tido..tu yang sampai mimpi antu...mimpi tu akan aku ceritakan kendian...

Thursday, May 7, 2009

Langit pada waktu malam

Aku suka tengok langit pada waktu malam...tengok bintang, carik bintang especially kalu lepas hujan..langit nampak sunggoh bersih..kadang-kadang kalau ade masa contohnya sambil2 sidai kain waktu malam aku akan tersandar sekejap tengok langit..

Langit waktu malam sungguh tenang...dan sebab tu bila aku bersedih atau rindukan seseorang aku akan keluar rumah sambil pandang langit...lelagi dengan lokasi umah aku skang yang dekat dgn KLIA, tiap kali aku pandang langit aku akan nampak plane..cantik dengan lampu kelip-kelipnya n kadang buat aku keliru samada itu bintang atau plane. Kadang plane tu nampak besar n kadang jauh nun..

Tapi kadang-kadang langit nampak gelap jugak..xde bintang langsung..tu maknanya hari nak ujan...

Dulu masa study kat UNIMAS, bila call ribena mesti kitorang akan pandang pada bulan di langit sebab ribena penah kater kat mana pon kita berada, kita tetap pandang bulan yang sama...

Friday, May 1, 2009

flight of idea vs stupor

Dah lama x update blog...bukan malas p xde idea larr..byk benda nak bgtau p ble nak ketuk keyboard jer tetiba flight of ideas tu jadik blur.nape yer..??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...