Blog ini bisa berkata-kata, tentu ia sudah merintih beberapa kali sebab tuannya selalu mengabaikannya..nak buat camner..idea n mood nak menaip x datang..
Asalnya, tujuan aku bukak blog ni adalah cerita perjalanan ku dalam usaha menurunkan berat badan..di samping cerita-cerita menarik, sedih, teruja yang berlaku sepanjang kehidupan aku
Sudahnya, berat badan berjaya diturunkan lebih kurang 10%..dahsyat gak tu sebab jarang mengalami penurunan berat badan..kenaikan ada laa..cerita bersenam, bola besar yang sekarang telah menjadi tempat kaki berehat semasa menonton TV..kiraan one, two, three...eight sudah tidak kedengaran di ruang tamu..
Dan kini, masih struggle untuk mendisiplinkan diri supaya setiap hari lepas balik kerja pergi jogging..resultnya..kehadiran masih lagi belum mencapai 100%..
Mungkin faktor kesibukan, exam, practical exam, posting n attachment yang menyebabkan masa untuk menaip, berangan itu kurang...kadang idea datang masa memandu nak pergi kerja, masa tengah q nak bayar barang di giant.. tapi bila berada depan pc mood pulak yang hilang..
Tapi delicious ku sayang..aku tetap singgah letak notes, gambar jika berkesempatan..
Next story please..dah lama x update kan...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment