Pada satu masa dahulu, di sebuah negeri yang aman damai, tinggallah seorang puteri raja yang sangat cantik. Malangnya, puteri yang cantik tersebut mempunyai sejenis penyakit yang dikenali sebagai leukemia.
Pada satu hari, datanglah seorang putera raja dari negeri yang sangat jauh datangnya. Putera tersebut telah menawarkan diri untuk mendermakan tulang sum-sumnya seterusnya membantu mengubati sakit puteri. Tetapi, sebelum itu, putera tersebut telah meletakkan syarat supaya puteri tersebut memilih untuk menjalani kemoterapi atau radioterapi. Kerana, puteri perlu memastikan selepas menjalani rawatan ini, semua sel kanser dalam badannya telah tiada. Puteri tersebut telah bersetuju untuk memilih kemoterapi...
Selepas kemoterapi puteri itu lengkap, seperti yg telah dijanjikan, putera itu pun mendermakan sebahagian dari tulang sum-sumnya kepada puteri tersebut. Selepas beberapa purnama, puteri tersebut pun sihat seperti biasa. Tulang sum-sum yang didermakan kepada tuan puteri telah berjaya menghasilkan sel2 darah yg baru dan normal.
Kemudian mereka pun berkahwin dan hidup bahagia ke akhir hayat.
-THE END-
Ishhh...apesal laaa anak2 murid ni susah nak faham, nak kena dongeng dulu baru nak faham n angguk kepala kemain lama lg..
PS: Apsal klu citer dongeng ending dier mesti kn kahwin n hidup bahagia ek?? agaknya nama pon citer dongeng haruslaa berangan pasal kawin n hidup bahagia ngn orang yang disayangi..:P
1 comment:
shar- kirenye aku ni pandai gak la sbb dgr citer ko je aku dh phm.apela budak2 nih,sekeh je pale,ekekek
Post a Comment