Hari ni agak free sket..
So ada laa masa untuk updet..
Curik2 kat opis..
Ehem....
Baru habis observe procedure
Bone marrow aspiration + intratecal chemo administration
Bone marrow aspiration?
Korek tulang sum-sum kat tulang pelvis
Intratecal chemo?
Pemberian kemoterapi melalui tulang belakang..
Patientnya budak umo 3 tahun..
Yang mengidap acute lymphocytic leukemia (ALL)
Kesian..
Walaupon umonya dah 3 tahun tapi badan kurus keding ajer..
Tapi kecomelan wajahnya dan kemurnian hatinya
meruntun hatiku..
Bayangkan sekecil itu
sudah diuji Allah untuk mengidap
Penyakit sedemikian..
Ape yang buat aku tertarik
dengan conscious sedation ni ialah
Aku tak pernah tengok kat tempat aku sendiri
Maknyanya masa buat procedure bone marrow tu
Die kena sedate ngan ketamine dan midazolam
Tapi tak knock out sepenuhnya..
Patient alert tapi sensasi sakitnya agak berkurangan..
So bukan laa macam general anestesia
Yang mana memang pengsan sepenuhnya
Sedar2 sakit aje, procedure dah habis
Sepanjang prosedur itu
aku boleh lihat sikecil itu
Merengek2 tak selesa..
Hati sangat tersentuh
apa lagi saat air tulang belakangnya menitik melalui LP needle..
Airmataku seakan mahu menitik bersama..
Tapi aku cuba untuk bertahan
Padahal mahu saja aku memegang dan memeluknya
Agar ia bisa tenang melawan kesakitan..
Ibu bapanya pula..
Seakan redha..
Mereka memahami situasi anaknya..
Walaupon hakikatnya mereka berat hati melihat anaknya sedemikian rupa
Tapi mereka pasrah dan menerima
Kerana ketika aku cuba menyelami hati ibunya
Ibunya berkata
Ia redha kalau anaknya pergi dulu
Kerana si ibu yakin
Anaknya akan menunggunya di syurga kelak..
Redha dengan ketentuan qada dan qadar..
Oh air mataku...
Jangan kau mengalir..
Aku sangat2 sedih...
1 hour ago
2 comments:
belum pape aku dah merembes2 airmate =(,thats y aku xblh jd nurse or doc!huh..
aku lagi laaa yang berada ditempat kejadian...
Post a Comment