Hmmmm..menjadi pensyarah pada satu profesion yang kebanyakannya dimonopoli oleh wanita telah memberi aku peluang untuk berjumpa macam-macam jenis perangai kaum hawa ni. Apalagi pada peringkat umur awal 20-an, yang hormon estrogen dan progesterone tengah membuak2 dan perasaan untuk berkasih-kasihan dengan golongan XX yang tinggi..mau pening gak laa kepala.
Isunya kat sini ialah, apabila wanita tersebut cuba untuk menampilkan kecantikan melebihi daripada apa yang ada dalam kepala hotaknya. Susah jugak nak explain tu..senang cakap, muka cantik, mekap tebal, shisheido aka eyeshadow berkaler2, hijau, biru, merah lah atas mata tapi dalam otaknya kosong hatta ditanya soalan mudah xbleh jawap..haru sungguh. Tak tau aper yang ade dalam kepala hotaknye..agaknya hanya ada lendir keputihan kot...
Aku ramai jumpe dengan golongan-golongan seperti ini, bila keluar rumah memang cantik p bingai, haprak, sengal yang amat..x boleh nak berfikiran kritikal ataupun menggunakan suku daripada sel otaknya. Bila ditanya soalan, terkebil-kebil pandang dinding, cakap dengan dinding lagi boleh menjawab..ataupun mereka cuba mempertahankan jawapan yang diberikan walaupun jawapan tersebut sungguh salah..contohnya, kenapa bila kita buat ECG (elektrokardiogram-sila tanya uncle google jika x tau) kena letakkan gel pada permukaan kulit. Jawapan dari pelajar itu ialah - supaya elektrod akan melekat pada kulit dengan lebih kuat. Mau pengsan mak dengar...sakit dada sekejap!!!
Tapi itu tidak bermakna, semua wanita cantik adalah seperti di atas. Ada juga golongan yang cantik dan mempunyai kepintaran. Aku juga tidak mengatakan wanita yang tidak cantik itu bijak. Kiranya, jika anda cantik dan bijak (macam tuan tanah kedaung neyyy..) itu merupakan satu bonus buat anda..ia datang dengan pakej yang bagus. Bersyukurlah dengan pemberian dari Allah itu. Dan aku x rela untuk tergolong dalam kategori tersebut.
Walaupun rupa anda kurang, x secantik Aishwarya Rai, Nicole Kidman cukuplah jika mempunyai sedikit kepintaran dan pemikiran yang kritikal, sikap yang baik serta rasional dalam setiap tindakan yang dilakukan. Itu yang akan meyebabkan kita kelihatan pleasant di mata orang dan mempunyai personaliti yang menarik.
Bagi lelaki pulak, which one u prefer??Wanita yang berwajah cantik tetapi bingai atau yang yang cantik dan bijak? What about, wanita yang berwajah tak cantik dan personaliti yang menjengkelkan? Hmmm wanita jer ker? Lelaki xde yang bingai ker?vice versa laa yer..Renung-renungkan dan selamat beramal...
P/S: Dah masuk fasa ketiga Ramadhan..pose dah nak abih..x sabar jugak nak raya..baju raya korang dah siap lom...hahaha
7 hours ago
No comments:
Post a Comment